Dulu aku ada banyak kucing, macam-macam jenis kucing, siam/parsi/kampung and etc, senang kata semua aku pernah ada lah. Tapi, 2-3 tahun yang lepas aku rasa itulah saat kali terakhir aku tak ada haiwan peliharaan bernama kucing nih. Kucing aku yang terakhir ni nama dia cakoni. Tak tahu kenapa letak nama tuh, aku tak rasa itu nama dia pun, cuma dah terbiasa mengajuk dia guna nama itu. Masa mula-mula aku malas jugak lah nak layan kucing aku ni masa dia masih kecik. Sebab mak aku selalu cakap macam ni :
"kalau kau suke sangat duk elon kucing tuh, berak kencing dia tuh kau basuh!"
Mulai saat itu aku cuba jauh-jauhkan diri dari cakoni, sebab malas punya pasal. Bila mak aku tak ada sahaja aku main-main dan tidur dengan dia. Tapi bila dia dah besar, dah pandai jaga diri sendiri semua, setiap hari aku akan pegang dia, balik dari sekolah je dia akan terus baring sebelah aku. Perangai dia masih sama macam time dia kecik-kecik dulu, selalu nak main, penat jugak nak layan.
Sebenarnya, apa yang aku nak maksudkan bila aku bercerita perihal kucing aku adalah kerana, kadang-kadang aku terfikir, kucing nih dia ada sifat yang tak macam manusia, lebih senang disayangi sebab dia tak banyak karenah macam aku, manusia. Salah satunya bila dia nak tinggalkan aku tak ada sebarang drama pun yang dia tunjukkan. Dia menghilang begitu sahaja. Tak ada pergaduhan besar, susulan drama, adegan pujuk memujuk. Tapi yang dia tinggalkan hanyalah memori yang indah-indah untuk aku ingati.
By the way, aku tiba-tiba rasa sangat rindu pada cakoni. Dan aku perasan semua gambar-gambar dia aku dah hilangkan. Memori dari dia dari segi fizikal tak ada pun aku simpan, sekadar memori dalam hati aku. Aku rasa menyesal juga tak jaga elok-elok kenangan itu. Semua benda aku hilangkan. Semua kenangan dari semua orang, semuanya aku hilangkan. Aku menyesal tak jaga dengan elok.
No comments:
Post a Comment