Dulu aku selalu cakap manusia tidak berubah cuma bila kita semakin mengenali seseorang tersebut dengan akrab kita akan merasakan dia sudah berubah pada sesuatu perkara tersebut. Tapi aku dah penant nak cakap yang aku tidak berubah dan mereka yang lain pun tidak berubah. Jadi, aku mengkonklusikan semua ini sebagai Manusia Memang Berubah. Yes, people do really change.
Dulu boleh dikatakan apa-apa sahaja yang meyeliputi badan aku adalah pakaian-pakaian yang sangat branded, sebab aku dah terbiasa disarungkan dengan perhiasan yang mahal dari sejak zaman hingusan lagi, dan itu terbawa-bawa sehingga aku sudah besar, dan tunggu, bukan untuk berlagak ya, maaf sikit. Correction : sudah terbiasa. Dan jujurnya aku dah bosan dengan pakaian-pakaian mahal, ada tak baju harga below Rm20 untuk aku beli? haha. Itu aku yang sekarang, dah tak kisah, bila aku tengok orang lain boleh beli yang mahal-mahal aku akan sejukkan hati aku dengan berkata "apa je yang ada dengan dunia ni". Itu yang membuatkan aku boleh move on walaupun tiap kali keluar aku akan pakai t-shirt hitam lengan penjang aku tu terlalu kerap.
Aku melihat orang lain, perubahan ataupun transformasi mereka kadang-kadang agak drastik bagi aku, mungkin aku berubah kearah yang mundur, dan yang lain berubah dengan agak agresif. Dari seorang yang pemalu atau mebosankan hinggalah mereka boleh jadi peramah yang kadang-kadang nampak macam mereka nak mata hanya memandang hanya pada mereka. They can be bitter too.
Apa yang aku perasan sekrang adalah, aku memang terlalu mengkritik keadaan sekeliling, terlalu busy body dan nak tahu pasal semua. Aku rasa itu adalah dasar pemikiran orang melayu bukan Islam. Memang melayu selalu cakap "jangan jaga tepi kain orang lain" sebenarnya kalau kita sebagai Islam yang prihatin kita akan selalu jaga tepi kain orang lain, bukan sebab nak menjatuhkan/mengumpat/bergosip semata, tapi untuk membantu, kadang-kadang sikap kita yang tidak mahu jaga tepi kain orang lain nilah yang menimbulkan masalah juga, misalannya, jiran sebelah kita keluar dan balik ke kampung, kita tak pernah nak bertanya kemana mereka pergi, akhirnya rumah jiran kita dipecah masuk, disangkakan mereka berpindah dengan mengeluarkan perabot semua ke dalam lori. Begitu juga dengan diri kita sendiri, patutnya kita mengkhabarkan kepergian itu, tapi tidak, sebab pemikiran kita yang terpelusuk jauh nih menyangka nak buat apa bagi tahu, mereka bukannya ada kisah. Itu salah. Bila kita nampak wanita dan lelaki yang baru pindah duduk serumah, kita patutnya sibukkan diri bertanya, "dah menikah ke?" dari kita duk buat fitnah "eh, entah-entah diaorang tuh buat maksiat duk serumah" kalau mereka dah berkahwin, baguslah, tapi kalau tidak, dengan mengetahui status mereka bukankah kita boleh mencegah? dan itu bermula dengan kita perlu jaga tepi kain orang lain. Ok aku dah melalut dari topi yang sebenar.
Sebenarnya aku nak cakap, misalan, kalau dulu masa aku memandu aku tak nak bagi orang lain jalan kalau dia tak bagi signal, sekrang aku dah malas nak bunyikan hon, bagi jelah. ( bukankah ke dapat pahala kalau kit memberi laluan pada orang lain). Dan sekarang, kalau masa aku beratur, tiba-tiba ada orang potong line, aku dah malas nak tarik-tarik muka. Itu kau punya pasal-lah, malas aku nak layan perangai macam haram. Lagi satu yang aku perasan, bukan manusia sahaja yang berubah, dunia pun berubah. Kalau dulu nasi lemak seringgit nasi banyak, sekrang kalau seringgit nasi ciput je. Buat alas perut boleh lah.
Perubahan kadang-kadang boleh jadi sesuatu yang baik ataupun tidak, terpulang pada individu.
No comments:
Post a Comment