Friday, April 15, 2011

Pertama kali.

Selalunya aku akan mengemaskini blog aku di rumah kesayangan aku, tapi pada 3-4 hari yang lepas aku tidak berada di rumah, dan aku kini berada di suatu tempat yang sangat asing bagi aku dan kini menjadi tempat kedua aku pula. Jadi aku fikir, dengan ketiadaan pekerjaan yang boleh dilakukan, aku pun membuka laptop dan online, dan browse kembali blog-blog yang terdahulu. Sungguh, aku memang rindu, blog dah jadi teman aku setiap hari, setiap minggu selama 3 tahun ini.

Ini sudah bagus, memandangkan aku banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama (tak tahulah kalau ada orang ramai baca kan :P). Dari hal berkaitan duniawi sehinggalah ke kehidupan selepas kita selepas ini. Kebiasaan aku adalah menulis tentang perasaan aku, emosi aku ketika itu, tapi mungkin aku sudah rasa sudah tiba masanya aku matang dalam pemikiran, dan aku telahpun tolak ketepi emosi aku itu. Keep it safe.

Aku lebih suka berblog daripada ada social network yang lain, at least aku tak lah rasa aku ni menyedihkan sangat bila orang tak tegur aku. Teruk lah aku nih. haish.


off pen.

No comments: