Sunday, November 8, 2009

kesyukuran..

aku belajar untuk rasa bersyukur. aku belajar untuk menerima segalanya. aku bersyukur aku pernah mengalami saat yang indah. kalaupun saat ini aku akan menghadapi kepahitan. tapi aku sedang belajar untuk bersyukur dan aku redha. aku tidak menharapkan peluang kedua, tapi aku mengharapkan supaya aku mengerti erti kesyukuran dan aku diberi rasa untuk bersyukur itu..


dan aku bersyukur untuk segalanya, aku sedang belajar untuk itu..semoga aku tabahkan hati untuk segalanya, redha dan bersyukur untuk segala nikmat yang diberi, yang dirasai bersama orang, yang dikongsi bersama orang. semoga aku akan sentiasa begini dan selalu begini.

Friday, October 9, 2009

aku nak bertanya kepada kamu...

semua, apa yang kamu akan buat kalau ada orang yang mengharapkan sebuah persahabatan yang dia sendiri tidak tahu akan terjalin atau tidak disebabkan dia rasa bersalah kalau terlalu rapat dengan kamu dan tidak mahu menjadi pengganggu sahabat kamu yang sudah sedia ada ikatan yang sangat baik?








p/s : sila respon kepada stimuli

kebaikan dalam diri aku...?

aku mahu kesudahan yang sempurna.Dan sekarang aku dah belajar dan tahu, aku mengerti dengan sukarnya. Aku tahu yang tidak semua puisi itu berirama , tidak semua kisah cerita mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran yang jelas. Hidup ini hanyalah pasal mengetahui, dan bersedia untuk perubahan dan mengambil semua kenangan dan peristiwa itu and making the best of it, without knowing what is going to happen next.

Dan aku belajar untuk menjaga hati orang lain sampai menyakiti hati orang itu. Aku prihatin terhadap kawan-kawan aku, hanya dengan cara itu aku boleh menjaga perhubungan aku dengan mereka. Aku tak lah sempurna. Aku tahu aku seorang yang baik yang selalu juga membuat kesalahan.

Dan aku tak tahu kenapa orang lain boleh rapat dengan aku walaupun sebentar aku mengenali mereka. Dan aku mengetahui itu, mereka mula menjauhkan diri mereka dari aku yang aku pun tak faham apa maksud mereka kawan. Bagi akku pershabatan yang senang untuk dilupakan, diakhiri, tidak pernah pun terjalin. Friendship that can really end never really began. Mulai saat itu aku fikir lebih baik aku tidak terlalu mengambil berat tentang orang lain.

Kamu rasa jahat tak kalau tak mengambil berat dan tak menjaga hati orang lain. Jahat kan? tapi akan rasa bersalah juga diakhirnya. Aku teringin buat jahat yang diakhirnya aku tidak rasa bersalah..tapi aku tidak boleh..aku dilahirkan untuk menjadi seorang yang baik yang selalu membuat kesalahan..

Wednesday, August 19, 2009

those who have the fruits must climb the tree

sebenarnya lebih banyak berkomumikasi kita akan lebih cenderung utnuk tidak berkomunikasi. hari2 bercakap dan mengenali satu sama lain menyebab kan diri kita makin susah untuk mempunyai komunikasi yang bagus. semakin kita kenal orang semakain kita tak faham orang tuh semakain kurang pertanyaan di antara kita. dan tak kan kita nak tanya the old same question right.
apa-apa pun hidup memang satu kitaran yang kita tak boleh nak ubah ianya adalah satu positive feedback dan bukan negative feedback yangvkita boleh inhibitn or stop the circulation right.

Wednesday, July 15, 2009

balik rumah..

esok aku balik rumah.. aku takut sebenarnya untuk mengaku kehidupan aku disini lebih baik dari dulu.dan aku lebih gembira. tidak mengetepikan mereka yang ada dalam hati aku. hanya beberepa dari mereka sahaja yang aku rindui.

Saturday, July 11, 2009

may i find my freedom for eternity

my momma always said that life is like a box of chocolate, you will never know what you gonna get - forrest gump

hari nih hujan sangat lebat. tapi aku sempat jogging untuk 30 minit melepaskan tension yang ada dalam jiwa aku ni. aku rasa menyesal aku tak meneruskan jogging aku semasa hujan tengah turun dengan lebat. dah lama aku tak boleh berlari dalam hujan. aku terfikir tentang sesuatu. sesuatu yang membuatkan aku tak rasa diri aku buat seketika. aku rasa perkara yang paling perit adalah kita terhalang daripada melakukan perka yang kita selalu dan suka lakukan. buat seketika aku termenung sambil mendengar lagu get here yang beralun di dalam eardrum telinga aku dan seterusnya membawa kepada spinal cord dan di alurkan ke effector neuron aku dan seterusnya membawa aku menghayati lirik lagu tersebut. walaupun aku diselubungi gelak tawa oleh orang lain disekitar aku. aku tetap tidak dapat mencari gelak tawa yang selama menjadi identiti diri aku. aku tidak mengerti senyuman yang aku berikan,lawak dongengan yang aku lakukan. tapi aku sukar untuk mengenali diri aku, emosi yang patut aku tonjolkan dalam sesuatu situasi. yang penting aku memang sudah tidak memikirkan apa yang aku akan hadapi selepas ini.


aku lebih banyak menghabiskan masa dengan diri aku sendiri disebabkan aku terlalu sibuk sebelum ini untuk melayan karenah aku sendiri membuatkan aku tidak mencukupi masa untuk menghabiskan masa dengan mereka disini. lebih banyak perbualan tentang formula ideal gas equation, polynomial dan lakaran 1,4-alpha glycosidic bond daripada bertanyakan tentang berapa kegembiraan yang telah dikecapi berada disini, dan formula untuk meningkatkan kebahagiaan rohaniah dan duniawi. semua rakus mengejar kejayaan yang mereka tak tahu apakah jika mereka berusaha mereka akan berjaya. aku yakin aku kan berjaya jikausaha yang aku lakukan adalah lebih daripada usaha orang yang lebih berusaha. yakin pada diri tapi sebenarnya tidak. percaya boleh mencapai kejayaan tapi tidak boleh. adakah aku sudah penat mengejar kejayaan. ya. aku memang sudah penat, tapi ini untuk kedua- ibu bapa dan guru-guru aku. jika bukan sebab mereka at least untuk diri aku sendiri. diri aku sendiri. aku dah banyak gagal dari berjaya. aku tahu jika aku tidak bangun-bangun dari kekalahan aku sememangnya orang yang gagal. kegagalan adalah kejayaan jika kita bangkit dari kegagalan yang lalu tapi kita rugi jika tidak bankit dari kegagalan buat selama- selamanya.


sambil mendengar lagu robbie williams-eternity sekarang nih aku berharap agar kehidupan manusia lebih baik dari yang lalu dan semoga kita sentiasa mendapat yang terbaik. aku hampir putus asa, tapi aku tidak boleh putus asa padahal mereka sekiling aku sudah maju kedepan, life is about taking one step ahead, satu langkah itu sama ada memberi kegagalan mahupun kejayaan. kita yang mengorak langkah itu. berhati2 lah jangan sampai kita terjatuh di saat sedangmelangkah atau terjatuh disaat tiada langkah yang dilakukan. semoga langkah kita adalah kearah kebaikan dan menuju jalan yang diredhai- Nya.

Wednesday, July 8, 2009

aku dah lama tak luangkan masa untuk diri sendiri

sekarang ni aku tak tahu aku nak tulis apa. tapi still aku ada something to say tapi tak tahu nak luahkan macam mana. Aku terlalu penatlah nak menulis tapi nafsu tuh masih kuat lagi nak cerita.



aku dah lama tak dengar berita pasal dunia luar dari pasal family aku hinggalah pasal kawan2 yang rapat dengan aku. apa yang telah jadi dengan dunia realiti sekrang. hidup aku macam satu kitaran yang sama je setiap hari. bangun pagi apa yang aku fikir aku kena pergi kuliah awal kalau tak aku duduk kat belakang then aku kena tumpukan perhatian dalam kuliah. urgh boleh tak hidup aku ni relaks sikit. lepas je habis kuliah yang aku fikir nak tidur dan bangun untuk riadah. malam aku akan study dan balik pukul 11.30 lepas tuh tidur macam tak ada benda lain nak dibuat dalam dunia aku sekarang nih.





hidup aku dah macam satu proses dalam calvin cycle yang akan mengulangi proses yang sama setiap hari. seriously aku cakap aku hampir hilang diri sendiri disebabkan terlalu busy. kadang-kadang aku rasa ada orang cakap dengan aku dan aku akan jawab tapi bukan diri aku yang jawab. pernah rasa macam tuh?

tapi aku harap benda tak lah berterusan. malas jugak aku nak layan. aku harap aku berjaya dudunia dan di akhirat.

ini sepatutnya aku memberi penghormatan untuk ibuku

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares? My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Wednesday, June 17, 2009

aku tak mungkin boleh jadi cikgu

Aku ingat lagi masa aku kat sekolah menengah dulu. Aku memang suka ajar orang lain kalau aku tahu sesuatu tuh tapi kebanyakannya tak kan berhasil. Sebab aku memang susah nak buat orang faham. Aku imagine dalam kepala aku nih tapi aku tak dapat nak buat mereka imagine apa yang aku fikir dalam kepala aku. So aku memang jarang sekali kalau aku ajar orang, mereka akan faham apa yang aku ajar. Kadang - kadang aku naik fade up sebab aku rasa macam hina disebabkan tak dapat nak ajar dan buat mereka faham. Nampak sangat yang kefahaman aku lain dari apa yang mereka belajar.


Mungkin aku memang tidak dilahirkan untuk mengajar tapi untuk merosakkan mereka je. Kadang - kadang apa yang aku ajar mereka tuh tak ada dalam syllibus pun. Ntahapehapentah. Aku memang kagum dengan cikgu - cikgu aku yang dah buat aku berjaya sampai peringkat sekarang. Walaupun aku bukanlah pelajar yang baik. Tapi dalam hati aku aku adalah pelajar kepada guru yang baik. Dan lagi satu aku tahu dan perasan kadang - kadang kalau mereka tak tahu satu - satu soalan tuh aku adalah orang yang terakhir mereka akan tanya tak tahu kenapa. dan kebanyakannya mereka akan dengar pendapat orang lain dulu baru mereka pertimbangkan pendapat aku. Kalau aku salah selalunya aku akan dihentam dan macam kena pandang serong. Mula dari itu aku dah trauma nak ajar orang lain. Tapi bukanlah aku kedekut ilmu. Cuma aku takut aku ajar mungkin korang tak akan faham atau susah nak faham.





terima kasih kepada cikgu yang dah susah payah ajar aku untuk buat kerja rumah dan baca buku setiap hari.

Wednesday, June 10, 2009

aku banyak makan....

aku banayak makan sambal belacan oh kat sini. disebabkan makanan kat tempat aku nih yang paling sedap pun sambal belacan. Aku redha jelah. Akibatnya hidung aku berair sepanjang masa dan kena bawak satu kotak tisu setiap hari aku pergi kuliah. Ahahah/ the best thing in the world lah sambal belacan bila akukat sini sebab yang lain tuh macam makanan orang sakit jek. Aku pun confuse aku kat hospital ke atau aku kat tempat untuk mentelaah buku. Itu belum cerita pasal menu daging yang membuatkan aku dari suka daging dah kurang suka daging.

Kadang kadang aku fikir memang la kita kena bersyukur atas apa yang kita dapat macam dewan selera aku nihlah kan. Aku tahulah free tapi macamni ke nak bagi orang makan, orang yang nak belajar. Lainlah kita tak mampu nak beli semua barang2 makanan tuh patut la rasa redha. Tapi masalahnya ni mampu. MARA bagi peruntukan berjuta - juta untuk makanan sahaja. Tapi nak masuk duit poket lebih sanggup buat makanan ala kadar sajelah.

Haish aku tak faham dengan dunia sekarang. Tapi aku harap aku lebuh redha je dudukkat sini. Tak sabar nak balik KL. Aku nak makan mak aku masak. hehehe..

Tuesday, June 9, 2009

maybe some deeper conversation

Bak kata kawan aku nilah kadang - kadang kita hanya perlu jumpa. dan segala yang kita ingin cakapkan semua akan diluahkan walaupun kita tak bercakap. orang cakap comfortable silence. dan apa yang aku rasa sekarang adalah memang being silent adalah jalan terbaik untuk merungkaikan apa yang aku ingiin luahkan kepada mereka. jika mereka faham pergerakan mata aku. pandangan aku pergerakan aku dan seyuman aku. mereka tentu akan faham kenapa aku hanya boleh berdiam diri. sebabnya aku pun tak tahu. tapi aku cuma rasa aku nak melihat mereka saja. itu sudah cukup bagi aku.aku tahu aku tak adil, aku selfish tapi aku hanya mintak satu saja. iaitu fahamlah aku. hayatilah apa yang aku rasa dalam hati aku nih. ketahuilah apa yang aku ingin cakapkan tak kan pernah aku boleh luahkan walaupun setiap hari berjumpa. aku memang hipokrit. sangat kasihan kan. aku memanng such a loser walaupun pada diri aku sendiri. aku dah penat. I'm tired of this smile that i don't recognize. i'm tired of hiding behind this lying eyes. i am boring.aku memang membosankan kan. hari- hari dalam blog aku cerita pasal luahan hati. pathetic gila. macam nak mintak simpati kat semua masalah aku yang macam bangang nih.



you : Assalamualaikum. Apa macam kuiz? markah ok?

me : Ahahaa . Waalaikumussalam. Ok je. Aku chem dapat B jek . Slack sebab careless. Kau? Sorry balas lambat aku ada kuliah tadi.

you : Oh ya ke? Oklah tu. Kau dapat mintak buat buat balik semula tak untuk kuiz? Aku tak dapat lagi tahu dapat A ke B ke.

me : Kau tengah free ke sekarang. Oh kat sini tak ada buat2 balik oh. Kalau dapat below 50 kena masuk intervension kelas. Kau boleh buat balik ke?

you : Aku tengah kuliah math. Hahah hari ni ada kuiz math. Kelam kabut aku. Kat sini tak ada pulak intervension class. Kau kena masuk ke? Kitaorang boleh buat balik insyaAllah lah.Hahahha.

me : Oh Ok2 goodluck untuk kuiz kau ye. Aku tak masuk kelas tuh. Tapi aku masuk jek untuk belajar lebih.

you : Hahahah ok thank you. Wah rajin kau masuk eh? kelas tu malam ke apa?

me : A' a rajin la. Aku tak sempat nak buat revison so aku masuk jela. Untuk study2.

you : Oh ok lah tuh eh. Hahah aku perlukan masa untuk study oh, satu hari tak cukup masa oh.

me : Betul la kadang - kadang aku stress aku lari satu kolej time petang - petang sampai kaki sakit. then minum coke. Asyik sakitkan diri jek.

you : Hahah tula, kadang - kadang rasa geram sangat tak tentu pasal sampai macam nak sakitkan diri kan. No pain no gain.

me : Ahahaha. tuh sebab lah aku suka coke mcd. aagagagg. Tapi kat sini islamic. Jadi aku kena kawal sikit. Agagag. Kau dah habis kuliah ke?

you : Ahahahah kau beli coke kat mana ? Aku kat sini coke dalam tin tak sedap sangat. Wei kuiz math aku ditunda. Hahah alhamdulillah. Hahhaha.

me : Kat koperasi. Dalam tin gak. Gas banyak gila. Ahahah aku dah boring online. Aku rasa aku pergi matrix jadi pasif oh.

you : Tula. Tin coke tak sedap. Macam telan buih je. Hahahah kau rasa satu hari kau ada cakap tak? Macam berbual semua. Aku macam dah jadi bisu. Kalau setakat tanya soalan kerja tak kira, hahahahha.

me : Ahahah Entahla. Setakat ni banayak pasal kerja rumah apa kena buatesok je aku tanya dan cakap sikit2. Sebab dorang kat sini peramah.Tapi aku mampu senyum dan gelak je pun . hAISH mungkin akan jadi ok lah. Tapi aku takut aku tak banyak cakap bila jumpa orang . Kau lak?

you : Aku pun rasa macam tuh jugak sebenarnya. Aku takut nanti bila kita lepak rasa macam kekok tak tahu nak cakap pasal apa. Hahahah tapi takpelah. Asalkan dapat jumpa ek.

me : Hurm tuhla sebenarnya kalau kita faham orang tuh yang dia akan diam bila jupa kan. Suasana tak akan jadi kekok sangat. Kadang - kadang kita jumpa je tapi tak bercakap pun dah bagitahu apa perasaan kita sebenarnya. Sebab kalau lagi push kita untuk cakap. Confirm kita bad mood

you : A'a em apa panggil comfortable silence. Itu yang best kadang - kadang. Kau tak ada kuliah ke? Aku pukul 3 nanti ada bio kuliah.

me: Oh aku ada kuliah bio gak pukul 2. 40 agagagga. Tapi sesetengha orang susah nak terima. Ahahah. yang peliknya punyalah diam time jumpa. Cuma jalan - jalan dan pandang2 jekan. Tapi tulah the best conversation yang kita rasa for that day.

you : Haha sama ek. A'a sesetengah orang tak biasa lagi dengan kesunyian. Tapi best juga kita bisu je. tak banyak buat dosa. Hehehehe.

me : Hahahah ye2. Tapi kalau macam ni. tak ke sangat kasihan.Depression ke ek?

you : em sebenarnya takrif depression adalah perubahan diri misalnya dah hilang minat buat benda - benda yang kita minat yang menjejsakan kerja, sosial kita semua tuh lah. Melainkan perubahan kita itu tak menjejaskan kerja, pembelajaran dan sosial ke bukan depression namanya. Itu dipanggil change. Hahahah.

me : Ahahah eceh. Kena ceramah dengan tok pakar psikologi yang ada psychological problems..ahaha aku tak boleh terima perubahan. Oklah dah start kuliah . semoga berjaya.

you : Ahahahha. ok lah thank you layan aku borak. Aku dah lama tak berbual oh . Hahahhah.



perbualan ni cuma pandangan aku. Tapi apa- apa pun aku tetap akan ok sepanjang masa. aku adalah diri aku yang dulu dan ada penambahan pada aku pada masa sekarang. Mungkin aku sedang mengalami depression bukan perubahan. Dan cuma mungkin dengan satu kumpulam asing aku akan duduk diam dan baca buku are you crazy. But for my friends. no worries. sentiasa ada benda yang untuk dibualkan. melainkan aku teramat lapar dan mengidam nak makan pancake.
maybe i need a deeper connection or perhaps some deeper conversation right mr.you

Friday, June 5, 2009

Selamat Hari Jadi Mama..


sepatutnya semalam hari jadi mak aku tapi aku hanya berkesempatannak update blog hari ni je. Ini kali pertama aku tak ada bersama mak aku masa hari jadi dia.
Selamat ulang tahun kelahiran mama.

kebenaran memang menyakitkan

aku seorang yang tak jujur tapi aku juga tak suka orang tipu aku tapi bila aku dah tahu kebenaran tuh memang hati sakit gila tapi as i said before aku pun tak lah jujur sangat kalau nak sakit hati bila orang tipu aku kan aku akan lihat balik lah aku memang patut ditipu sebab selama ni aku asyik suka menipu orang lain je aku takut orang akan marah aku bila tahu kebenaran . sebab aku tahu mereka akan sakit hati kalau akau bagi tahu kebenaran tapi mereka juga akan sakit hati kalau tahu aku tipu mereka. Tapi aku lebih prefer tidak bagi tahu . Ok jap aku dapat satu ayat untuk menggantikan perkataan " tipu" ni ..maksud aku , aku bukan tipu cuma aku tak nak bagi tahu , itu lebih baik dari sakitkan hati orang lain dengan kebenaran


Aku paling tak suka kalau aku dah berterus teraang semuanya akan nampak macam tak kena macam aku nih jahat , tak jaga hati orang , itu yang aku rasa bila aku bagi tahu kebenaran . Aku tak suka kebenaran yang menyakitkan hati aku. Bagi aku lebih baik jangan bagi tahu daripada aku sakit hati . Biarlah aku tak tahu apa- apa daripada tahu apa -apa . biarlah kebahagiaan yang aku rasa tuh sekejap je daripada aku tak dapat rasa langsung kebahagiaan . Aku suka berfikiran optimis aku akan sedaya upaya fikir orang sekeliling aku baik. Tapi aku tak boleh dalam hati kecil aku mesti terdetik satu sikap negatif lah kan.


Bagi pandangan aku macam mana sempurna pun aku nampak orang lain lebih dari aku kesempurnananya . Aku tahu pasti hati dia terdetik nak kutuk orang , tak suka orang tuh, tak puas hati dengan seseorang, semua orang hipokrit, dan manusia tuh tak kan mungkin atau pernah jadi sempurna , sebab kesempurnaan memang membosankan , tak ada variasi dalam hidup , hilang keupayaan untuk cemburu dengan orang yang kita sayang , rasa marah terhadap mereka yang bersalah , rasa senang hati dengan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup orang lain .Kesempurnaan akan membawa kepada perkara yang lebih teruk lagi , sebab terlalu sempurna kita kan bosan menjadi baik dan kemudian jadi lebih jahat.


Dan kebenaran pasal aku adalah aku adalah insan , hamba Allah , pelajar , anak , sahabat teman yang tidak akan jadi sempurna walau sekal. Aku memang tidak sempurna tidak akan dan pernah jadi sempurna. Aku sedar aku lebih menyakitkan hati orang lain daripada menjaga hati mereka . Aku lebih pentingkan kepentingan aku , kemahuan diri daripada kemahuan mereka , tapi aku juga sentiasa mencuba mebuat mereka berasa selesa, menyayangi mereka lebih dari aku walaupun aku lebih menyayangi diri aku , aku cuba untuk berkawan , mencintai , menyayangi mereka kerana Allah, tapi aku tahu kebenarannya aku tak akan boleh jadi sebegitu


Kita selalu fikir hidup ini sentiasa indah , best , seronok , tapi kebenarannya hidup ini lebih menyakiktan , tidak adil dan yang paling pedih adalah kebenaran yang kita sebenarnya tidak bersedia untuk meninggalkan dunia ini walaupun kita cakap dah bosan dengan hidup tapi tidakbertindak untuk bertaubat kepada Yang Satu . Pernah terfikir macam mana kita nanti bila kita berada di akhirat kelak. aku masih tidak mencuba untuk mencapai ke arah itu. Masih banyak benda yang perlu diperbaiki. aku kat sini dah macam dikelilingipara ulama. setiap hari ada tazkirah . Mengenai aurat dan semuanyalah. Sedangkan pakai selipar pun kena pakai stokin. Tapi aku lebih prefer pakai kasut lah senang sikit. Aku terlalu banyak bercakap tentang hal agama. Aku tak tahu kenapa.tapi aku tahu aku tak bagus dan tak sempurna. Jadi aku tidak berniat untuk melahirkan dakwah dan jihad kat sini. Jadi jangan salah anggap yang entri aku nih menyatakan aku nih terlau sempurna , baik hati dan tak pernah buat dosa. Masing - masing ada kesalahan masing- masing. Aku sekadar merenungi diri. jangan salah anggap.


Beberapa hari nih aku tak banyak cakap . Dan tahu - tahu jelah kalau tak bercakap . Rasa macam sedang mengalami depression. Kadang - kadang seronok bersendirian tapi aku perlu jugak orang untuk bercakap. Cuba bayangkan hidup kalau tak bercakap. Melainkanlah kalau dari sejak azali dah dilahirkan bisu. Bosan kan.


Aku semakin sensitif, murung ,membosankan , yang aku tahu kat sini. yang aku boleh buat kat sini adalah study , study dan study . Aku bukan nerd tapi aku hilang deria dan nafsu untuk bersosial , aku bukan lah berkawan baik dengan buku sangat . Tapi buat masa nih mereka lah teman aku . Aku terlalu depress . Aku cepat terasa hati walaupun sikit je kata- kata yang sakitkan hati aku . Aku macam kaca. Bila - bila masa aku akan pecah even terlanggar sikit je. Ini satu kebenaran yang aku tak boleh terima sebenarnya . Aku dulu tidak macam ni. Aku jenis orang yang tak kesah. apa - apa hal orang tanya aku, aku akan jawab tak kesah. Mungkin sebab perubahan mood aku kat sini yang buatkan aku macam tuh. Salah satu simptom depression ialah hilangnya mood untuk membuat perkara2 yang kita suka atau selalu lakukan . Dan itu yang berlaku kat aku sekarang . Aku rasa nak berhenti blogging, aku rasa nak berhenti menari, aku nak berhenti bermain bola keranjang, aku hilang mood nak mesej orang,aku hilang mood nak call orang, aku dah hilang mood nak buat benda bodoh, aku dah hilang daya nak gelak gila2, aku dah hilang upaya nak senyum , aku paling tak suka perubahan, sebab aku tahu inilah yang akan jadi kat aku. Aku dah bosan dengan penat. tapi tiap2 hari aku rasa penat, walaupun aku dah bosan dengan semua benda yang penatkan otak dan badan aku


aku cuba tak fikir semua perkara yang akan negatifkan aku tapi aku tak boleh, makin aku cuba lupakan, makin teruk aku akan fikir.

aku tak suka kebenaran yang aku akan berubah sebegini

Dan kebenarannya aku dah pun jadi macam nih

Kebenarannya semua benda ini adalah benar

*sigh

Thursday, May 28, 2009

what a wonderful world...

aku baru perasan sebenarnya blog aku kurang gambar lah. ngehe. takpe - takpe lepas ni aku akan banyak kan gambar - gambar dalam blog ni. aku tak tahu nak letak gambar apa sebnarnya. sebab they are too wonderful to see and to have. Gambar mereka aku letakkan di satu sudut di kotak hati aku nih.

Kawan baik aku pernah cakap dia nak buat satu blog yang sanagt special tapi dia suruh aku buat. ahahha. Yes I will my dear. Tunggu aku lepas habis program matrikulasi ek.




p/s : teringat kat mereka

kaca pecah!!!!




AKU MACAM KACA PECAH
aku rasa sangat useless.
aku harap korang dapat bantu aku.

aku cakap tak serupa bikinlah.....

kata orang cakap tak serupa bikin macam cakap je lebih buatnye tak kan...aku macam tuh lah aku rasa. Sebab banyak sangat apa yang aku cakap aku susah nak buat. Kira aku nih macam a loser lah. Kadang-kadang aku tahu dorang mesti menyirap je dengan aku. Cakap besar tapi aku tak buat. Walaupun dorang tak cakap kan. tapi mesti ada cakap-cakap pasal nih. Aku tahu. Nilah kelemahan aku sebenarnya. Orang cakap jangan bagi tahu kelemahan kita kan nanti musuh akan menang..ahahha lantaklah malas nak layan aku tulis je. lagipun aku memang lah tak sempurna sangat pun kan sampai aku boleh mampu pergi berjihad ke apa.


baru - baru ni ada aktiviti manifesto bagi mereka yang gila kuasa nak jadi ahli jawatankuasa perwakilan pelajar kat tempat aku nih. ahahha.. saje je cakap dorang tuh gila kuasa.. Banyak betul dorang tabur janji. Mula - mula aku nak masuk benda alah yang dorang panggil jpp nih. sebab dapat pointer tinggi dalam koko. Tapi last - last aku fikir balik nak buat apa lah kan. aku ni dah lah tak boleh nak buat apa - apa untuk kesejahteraan orang lain. Aku ingat nak jadi exco kebudayaan sebab aku suka menari. sebab ada pelajar tahun lepas yang dihantar sampai ke Jepun bawah exco kebudayaan ni tapi malaslah. ok berbalik pada cerita Jpp's ni ada lah seorang peserta yang memang rancak manifesto nye. Moto dia adalah fight as mujahid or die as a syahid. aku dengar perghlamak. Gila lah kan. Islamic gila. Aku suka idea dia tuh tapi jangan terlalu menggunakan Islam untuk tujuan berparti aku tak berapa berkenan. carilah manifesto lain yang menarik. Sebab kat tempat aku nih dah memang jelas tahap karma punya islamic. Aku dah rasa macam dikelilingi para ulama dah kat sini. hah sebab ni lah aku malas nak jadi sebab aku ni jenis manusia cakap tak serupa bikin. Apa yang aku fikir sebab nak jadi jpp pun sebab aku ingat aku nak bukak satu mcdonald kat sini. Yang ni pun idea kawan aku yang suka sangat makan mcshit di jasuco jahaya...you know it's you right?

ahahah..last sekali aku pernah cakap aku tak kan minum air gas lagi bila dah nak start belajar konon nak jaga dan pelihara otak lah kan, tapi aku minum jugak tak tahan. aku cakap tak serupa bikinlah!!!!




p/s : aku terasa nak minum coke gila - gila dalam bilik sekarang nih.

Wednesday, May 27, 2009

time to take a break

beri aku masa untuk menghadapi semua. untuk itu aku perlukan diri aku untuk berada selalu dengan aku. aku harap aku dapat beri sepenuh masa terhadap diri aku, bukan aku mementingkan diri tapi aku perlu melakukannya, aku perlu fahami apa yang aku perlukan apa yang aku perlu fahami tentang kemahuan dan kehendak diri sendiri. Sudah tiba masa untuk aku berehat dan tidak memikirkan apa - apa, aku cuba untuk jadi seperti mereka yang normal, seperti biasa.

Friday, May 22, 2009

link kepada entri kebenaran tapi bukan kebenaran..

kita bukanlah lah kuat iman dan amalannya.. tapi betul aku memang tak suka nak jatuhkan air muka orang lah kan dengan secara terang-terangan menyatakan siapa manusia yang bertuah yang dijatuhkan air muka tuh..aku masih tahu dosa lagi.walaupun aku tak lah kuat sangat iman tuh..tapi kalau dah tahu tak kuat sangat iman kan jangan lah nak tambah dosa dengan menyakitkan hati orang lain..

aku boleh je nak buat entri-entri aku yang aku sakit hati sebelum nih nak tulis nama..tapi aku masih waras ada akal..aku tahu aku ada blog dan mesti ada orang baca walaupun tak ramailahh kan..janganlah malukan diri sendiri weyh..

tolonglah jaga tepi kain kau weyh..kau dah merosakkan memori aku selama aku hidup..tak pedulilah kau nak menyesal ke tak..tapi sebenarnya aku yang patut menyesal bukan lah orang lain..berubah lah kepada yang lebih baik..jangan berada di takuk lama lagi dah..buat lah amal kebajikan banyak-banyak..walaupun aku pakai tudung takdelah labuh sangat tapi aku reti lagi nak jaga perasaan orang lain yang tak nak dan malas lah jugak nak jaga..

betul lah mr brightside diaorang nak apa dari kita ek..aku tahu jugak aku kami tak lah baik dan berhati mulia sangat berbanding kau..so apa lagi yang kau nak..apa lagi yang kau tak puas hati..kau nak aku kami melutut depan kau dan buat rasa bersalah dengan hipokritnya minta maaf dan buat semua nih tak pernah berlaku ke...

tolonglah jangan jadi baik hati sangat walaupun diri sendiri mulut jahat kan..aku dah lupakan dah semua nih tapi kau yang macam palat.hah ambek kau!!..nak lagi dan masih lagi nak cerita benda palat kau tuh...sebab sekarang aku dah malas nak layan golongan-golongan palat macam nih...aku ada kehidupan sendiri yang lebih baik aku fikirkan dari benda alah nih lah kan...just keep moving lah weyh..benda dah jadi terima jelah..

aku tak tahu nak cakap apa lagi. memang kalau boleh aku nak habiskan sesi luahan hati kat sini jek..tapi as i said before aku masih lagi ada maruah diri..dan aku tahu aku bukanlah orang yang suka nak jatuhkan maruah dan air muka orang lain..


damm-it!!!

Thursday, May 7, 2009

buat masa sekarang ini entri aku yang terakhir lah kot.

  • mungkin aku tak akan cakap yang aku rindu
  • mungkin aku tak akan cakap yang aku sentiasa ingat kepada kamu semua
  • mungkin aku tak akan selalu berhubung dengan kamu semua hanya sesetengah
  • mungkin ini bukan lah selamanya
Ini sekejap jelah. Nanti jumpa jugak. Ahahah. Tapi aku takut oh. Aku yang sedih sebenarnya.

Jumpa lagi sahabatku..bebek.

Jumpa lagi...

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kerana hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kerana waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
Semoga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kerana hari ini yang akan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

I do believe

Aku, Nurul Afiqah Abu Shah sentiasa mengingatkan dirinya supaya menjadi irinya sendiri, menegur dirinya sendiri, menjaga dirinya sendiri dan sentiasa mengingati sahabatnya sendiri, tidak lupakan diri sendiri dan sahabatnya, tidak akan melakukan perkara yang boleh membuat kan dirinya sendiri dilupakan dan melupakan dirinya sendiri.

Hurm. Aku tak tahu lah kenapa entri aku kali ni macam nih. ahahahah..

whatever it is, I believe in Allah and I believe in karma. What comes around goes around,

Thursday, April 30, 2009

tak ada kerja lain oh aku nih.

Aku suka jawab - jawab solan macam ni. Tapi tak selalu ye. Terima kasih lah Azuan ayob sebab tag aku ek.


5 tempat membeli belah yang anda wajib kunjungi;
  1. Padini
  2. Pasar malam
  3. Nicole
  4. Central market
  5. Kedai yang pelik - pelik


5 benda yang anda wajib beli;

  1. Makanan. Makanan dan makanan..ngeheee
  2. Benda yang boleh dipakai dan senang dicari seperti gelang, keychain, cincin dan etc
  3. Buku dan komik
  4. Baju dan seluar
  5. Jaket. Aku addicted kepada jaket.

5 benda yang wajib ada dalam handbag/bag anda;
Prada bag aku mempunyai :
  1. Kamera Polaroid.
  2. Dompet aku leeeer.
  3. Sampah makanan aku yang semalam punya. Malas nak buang merata - rata. Aku ni pencinta alam.ngeeheee
  4. Diari. Akan datang yang ni. Aku akan mewajibkan diari ni dalam beg aku.
  5. Berus gigi, deodarant dan pakaian dalaman. Aku ni suka buat keputusan drastik tidur rumah orang.

5 benda yang wajib ada di dalam dompet anda;
  1. DUIT DUIT DUIT DAN DUIT
  2. Gambar passport kawan - kawan aku.
  3. Kad Ic, Kad e - driving dan segala kad yang ada lah kan
  4. Gambar kertas kamera pola
  5. Voucher. Aku dah ketagih kumpul benda alah ni.

5 gaya berpakaian yang anda gemari sewaktu keluar bersiar-siar/membeli-belah;
  1. Tudung
  2. Jaket.
  3. Kemeja.
  4. Baju kurung.
  5. Seluar slack kelabu and coklat aku.
aku budak yang tak ikut trend.

5 tempat yang anda gemari untuk bersantai bersama teman/pasangan anda;
  1. Taman.
  2. Kedai makan. Yang paling best kalau dapat pekena dengan teh tarik.pergh. mengancam.
  3. Rumah kawan aku. Tak kisah nak santai rumah aku tapi bagi tahu aku dulu. Sebab bagi aku masa nak berkemas.
  4. Taman taman dan taman.
  5. Tempat makan. tempat makan lagi dan lagi. Sebab aku suka makan kalau nak borak - borak.

5 topik yang anda gemari sewaktu bersama-sama teman/pasangan anda;
  1. Buat cerita dongeng.
  2. Planning nak keluar dan Aktiviti yang adventure
  3. Sakit hati.
  4. Barang yang nak sangat di beli
  5. Manusia yang membuat aku nak bercerita pasal dia. Seperti MICHAEL BUBLE.

5 orang mangsa tag yang anda gemari;
  1. Azuan ayob
  2. Diyana razak
  3. Ibrahim movic. Aku tak ingat nama bapak dia.
  4. Ieqmal Affandi
  5. Orang yang tak ada blog

Tuesday, April 21, 2009

pembunuh jiwa marabahaya

bajet jek aku punyaa title entri kali ni.

sebenarnya yang aku nak cakap pembunuh jiwa marabahaya tuh adalah kalau kita ni terlalu excited dengan sesuatu dan etc macam ajak keluar je pun dah excited lagi-lagi kalau lama tak jumpa. Jumpa barang ni benda tuh. Plan ni plan tu. Aku pernah, selalu lah jugak rasa excited terlampau. Masa tuh aku tak kenal lagi apa itu Times Square, Pavillion, KLCC and so whatever. Bak kata orang perak perangai perak bukan disebut macam NEGERI PERAK TAU..tapi PERAK.ahaa..Jakun lah. Tapi at the end aku akan rasa bad mood tak happy langsung disebabkan oleh satu panggilan anonymus..ahahah..brbunyi macam ni " weyh tak jadi lah keluar hari ini, ada hal lah, sorry ek" tup..talian diputuskan.ahahah..punyalah berbirat jantung aku dengar.

Tapi aku yang sekarang nih dah fikir lebih sikit dari aku yang dulu. So aku takkan excited sangat kalau orang ajak keluar. I"ll try to keep my cool mengelakkan dari rasa macam hampas kan.
So jika secara tiba-tiba aku dapat panggilan yang menyatakan " sorry hari ni plan tak jadi lah " aku akan cakap nevermind ok je...lain kali ade lagi kan nak keluar.ahaha..bajet tenang.

Terlampau teruja boleh membunuh jiwa korang. Hati-hati.

Monday, April 20, 2009

aku takutkan sesuatu yang aku tak tahu

Setiap hari aku berfikir memikirkan sesuatu. Sesuatu yang aku takutkan yang aku tak ingin sesuatu itu terjadi. Aku ada perasaan yang aneh tentang sesuatu itu.

Umpama aku ni seorang pemikir yang hebat aku dapat memikirkan sesuatu yang aku sendiri takmahu fikirkan. Tapi sesuatu itu aku tak tahu. Ada sesuatu.

Aku ingin beri tahu tentang perkara sesuatu itu tetapi aku tak tahu nak terangkan tentang sesuatu itu. Hurm. Banyak sangat perkataan "sesuatu".

Disebabkan perkara ini aku merasakan aku mempunyai suatu rahsia yang besar yang tak dapat aku bagi tahu. Tapi sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa dia "rahsia besar" aku tuh.

Aku akan berusaha mencari sesuatu yang menjadi rahsia besar aku tuh. Harap-haraplah ianya hanya satu rahsia kecil dan sesuatu yang tidak penting dalam hidup aku.

*sigh

Sunday, April 19, 2009

I'm Crying Inside

malam ni aku rasa sedih.

aku minta maaf.

aku tak dapat tahan.

I sat alone, with everything inside and cried myself to sleep.

penghargaan yang tak seberapa.

aku teringin nak sambut semua hari kelahiran kawan-kawan aku .

penghargaaan yang tak seberapa dan seperti aku terasa tidak sempat untuk melakukan semua itu nanti.

aku teringin nak lakukan sesuatu yang boleh aku ingati.

bukan untuk diingati tetapi sebagai memperingati.

aku tiada harta untuk diberi kepada mereka, cuma kenangan yang tak semanis yang mampu aku berikan, kenangan pahit yang menjadi kenangan manis dan kenangan manis yang akan menjadi kenangan terindah.

Aku hidup dalam kenangan bukan hidup dengan kenangan..

one down 3 to go

another 3 weeks.

aku tak nak cerita sangat pasal ni.

Cuma aku akan ingat kat mereka.

Mereka adalah motivasi aku untuk berjaya.

Mereka adalah motivasi terhebat aku. Bila aku teringatkan mereka. Aku akan terus pergi ke library.ahahahah..

Terima kasih.

Tak cukup ke apa yang aku ada?

Kenapalah aku mesti rasa cemburu dengan orang lain. Tak cukup ke apa yang aku ada. Memang orang lain pun tak sempurna. Cuma perasaan aku untuk berasa cemburu. That's all. Pasal semua. benda lah. nak aku senaraikan ke? Oh no terlalu banyak nak aku bagi tahu. Tak termampu aku nak listkan. Lagipun tengah tak ada idea nak olah kan entri aku kali ni. Hurm. Entri sebelum ni pun tak ada lah aku olah kan sangat. tak tahu kenapa. Setiap kali aku nak tulis kat blog memang banyak idea. Tapi bila aku dah letak tangan aku atas keyboard ni. Pergh lesap terus apa yang aku fikir tadi. Bukan pasal ni sebenarnya aku nak tulis tapi dah melencong ke arah lain pulak kan. Konsentrasi aku semakin kurang lah belakangan ni. Minta maaf la ye.

Berbalik cerita tadi. Aku ni jenis yang suka pergi shopping mall dan pandang orang lah. Maknanya aku ni jenis suka usha-usha orang dan pandang personaliti mereka dan ragam mereka.
Aku akan start tak puas hati bila barang yang mereka ada tuh tak ada kat aku. Macam beg yang sangat-sangat aku nak dah ada orang pakai. Time tuh aku boleh rasa down sikit lah.

Tapi bila aku fikir balik tak ada guna jugak aku nak jealous-jealous ni. Mungkin kalau aku dah miliki semuanya aku akan rasa bosan dengan hidup aku . Sebab semua benda yang aku nak aku dapat. Bila masa untuk aku inginkan sesuatu aku dah tak tahu nak fikir apa. Sebab semua aku dah ada. Dan aku mula lah akan rasa macam depress tension and so what ever. Tak dapat barang pun tension dah dapat barang pun tension. ahahaha. Entah lah. Aku akan belajar untuk berasa puas dengan apa yang aku ada lepas ni kot. KOT la. Hopefully. Ngehe.


Kadang - kadang sempurna itu membosankan. Tiada variasi dalam hidup. Sebab terlalu sama dengan orang lain......tett.

Thursday, April 16, 2009

rasa nak balas dendam tak?

Wah imej baik je depan semua orang kan tapi dalam hati menyirap je dengan perangai kawan.

Aku pernah terfikir jugak nak balas apa yang orang lain buat kat aku..contohlah beberapa kali ajak keluar mula2 excited semacam. lepastuh last minute cancel..pelbagai alasan..ok aku takde hak nak pertikaikan alasan yang mereka bagi. Cuma aku memang tak boleh terima. Kalau sekali tak apa lah jugak kan. Ni tak..buat perngai mula-mula excited then cancel. Bila ajak lagi sekali confirm lah aku tak kan follow kan. Hati dah rasa down nak terima ajakan orang. Jadi aku lebih rela duduk rumah menghabiskan makanan kat rumah ni...tapi taklah setiap kali mereka tolak. Bila ada orang ajak aku keluar yang selalu buat aku macam ni kan, nak je aku tolak tapi tak boleh. Kenapalah aku ni tak boleh langsung nak tunjukkan perasaan protes aku. Bagi tahu meraka ketidakpuasan hati aku nih..

haish. Salah aku jugak. Dah terbiasa untuk diamkan diri dan tak boleh nak marah. Sekadar gelak dengan keadaan aku ni je. Kucing buat salah pun aku tak boleh marah dia.aneh-aneh je.

Lagi satu aku ada habit teruk sebenarnya. Aku akan malas nak balas mesej bila mesej sampai lambat atau line telefon macam hampas. Aku tahu aku taklah taip cepat sangat. Tapi memang tak boleh. Bukan sebab marah. Tapi aku rasa bila orang tuh balas lambat aku rasa yang dia tak nak mesej dengan aku.

negatif je aku ni.
tapi didalam positfnye aku akan tetap balas.
ahahaha...tak dapat nak balas dendam.

aku superman.....

ahahaahah...tak percaya..

walaupun aku tak lah menggemari superhero yang pakai spender kat luar ni..







Your results:
You are Superman
Superman
75%
Batman
75%
Green Lantern
70%
Hulk
60%
Robin
57%
Catwoman
55%
Supergirl
50%
Spider-Man
45%
Iron Man
45%
Wonder Woman
40%
The Flash
35%
You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.
Click here to take the Superhero Personality Test

keramaian

Baru aku sedar kenapa aku tak suka dengan keadaan ada ramai orang. Bila aku keluar sendirian aku akan berada dalam keadaan keseorangan di tempat yang ramai orang. Dan aku tak suka orang yang memandang aku..tapi aku pandang orang lain takpe..ahahahha...tak adil ek..

Sebab tuh juga lah aku tak suka pergi kenduri kahwin. Dan aku bukanlah seorang yang boleh sangat beramah mesra dengan orang yang lebih tua atau lebih muda dari aku.

Tuesday, April 14, 2009

Pernah rasa bosan dengan orang yang bercerita?

aku sendiri tak tahu

..........

masalah dengan kawan banyak sangat..tapi dengan family takde lah banyak sangat..padahal kawan bila-bila masa boleh dicari.mungin sebab kita nak pertahankan seorang kawan yang dah kita anggap family sebab itu kita kena gaduh, setiap minggu ade je masalah tapi sebenarnya masalah yang kita hadapi sama atau lebih kurang je macam maslah kita dengan family.tak ada apa sangat pun masalahnya..kecil je..cuma biasalah perasaan memang ada..nak marah, sakit hati semua..tapi hari indah dilalui bersama lagi banayak dari masalah yang kita hadapi..

Friday, April 10, 2009

bila hidup ini hanya sebuah fatamorgana

aku tak tahu sebenar-benarnya maksud fatamorgana..tapi aku faham cuma tidak boleh diterangkan.

sebenarnya aku adalah seorang yang tidak pandai untuk berkomunikasi atau menerangkan sesuatu itu dengan indah dan sempurna.tidak.kadang-kadang orang memang selalu salah faham apa yang aku cakap pada mereka.

sebenarnya aku tidaklah serapat dengan saudara-saudara aku.tidak tahu kenapa.cuma aku memang tak boleh nak berborak panjang pun dengan mereka tuh.alangkah bestnyeeee kalau rapat dengan saudara.selalu dengar orang lain tiap2 minggu keluar dengan saudara.aku setahun sekali pun belum tentu jumpa saudara.mungkin aku tak suka saudara sebab mereka terlalu jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri terkoyak tak berjahit.

sebenarnya aku seorang pendiam yang pendendam.orang lain akan cakap sebenarnya aku ni banyak cakap.tapi bila aku diam aku sebenarnya memendam.cuma mereka tidak perasan sebenarnya aku ialah seorang yang pendiam.sekarang je yang aku banyak cakap sebab aku tidak lagi banyak memendam.

sebenarnya aku suka waktu zaman semasa aku masih kecil tapi tidak sesuka aku kepada zaman yang sedang aku lalui sekarang.

sebenarnya aku aku tidak boleh menjadi seorang yang berada ditengah-tengah.maksud aku kalau aku baik aku akan baik sangat.bila aku jahat aku akan jahat sangat.

sebenarnya aku seorang yang tak faham diri sendiri.kadang-kadang tuh aku boleh blurr pasal aku sendiri.macam tak tahu apa2.

sebenarnya aku rasa macam nak delete blog aku ni.aku tak tahu ada orang baca atau tak.tapi niat aku masa buat blog ni supaya aku boleh luahkan apa saja yang aku mahu.tidak kesah orang lain ada baca atau tidak.

Monday, April 6, 2009

hati yang terluka

aku akan pastikan tiada lagi hati yang terluka disebabkan perkara yang dah terjadi ni. Aku tak nak ulang peristiwa yang sama, cukuplah trauma yang melanda terus melemaskan jiwa aku ni. Aku tak sanggup nak tengok mereka sedih lagi.

Lepas ni kita dah tak akan ada lagi perasaan takut kawan-kawanku. Kita akan sama-sama. Kita dah sedar. Kita akan menjaga sesama kita.

Kasih sayang memang susah nak diekpresikan.
Hanya perasaan dan hati yang dapat merasa.
Begitulah aku rasa apabila bersama mereka.
Rasa disayangi tapi tidak perlu diungkapkan.
Hanya dengan senyuman yang indah yang dipancarkan kepada aku.

Dan aku tahu kita akan kembali normal selepas ni.

kau akan dapat yang lebih baik

aku minta maaf atas apa yang dah aku katakan pada dia..aku sudah pun minta maaf kat dia.aku harap dia dapat seseorang atau kawan yang lebih baik dari aku..

aku tidak sesuai untuk menjadi kawan dia..dan aku memang dah tak boleh..

semuanya dah berakhir..

Saturday, April 4, 2009

words hurt more than anything

selalunya kata2 memang menyakitkan dari segala benda..sakit..dan kadang2 lasts forever..deep in your heart..

kata2 yang aku dapat semalam bermain2 di mata aku ..aku buntu tak tahu nak buat apa..tapi memang sakit..aku hanya mampu mendiamkan diri..dan berharap semua akan ok..

kata-kata tuh buat aku berfikir setiap masa..buat aku rasa lemah macam tak ada harapan.aku rasa aku dah putus harapan..aku tak boleh buat apa2 tentang itu..

sekarang aku masih termenung mengenangkan kata-kata tuh..sampai bila2..sampai bila2..

A shoulder to cry on

hidup penuh dengan turun naik.macam roda kadang2 kita di atas kadang2 kita dibawa..dan jarak kita semakin terasa jauh..tak ada apa yang menyakitkan melainkan membenarkan perasaan kita buat kita sedih..hurmm.aku tak tahu..aku memang lemah aku tiada kuasa untuk melawan .aku cuma boleh menegakkan apa yang aku rasa.tapi akhirnya pa yang aku rasa buat aku rasa tak berguna..susah nak tahu apa yang kita rasa didalam hati ini bila banyak benda yang difikirkandan perasaan yang disembunyikan..
mungkin kita akan rasa release bila kita biarkan orang lain berjalan seiring bersama kita selamanya..

setiap masa ada saje yang yang tak kena..semuanya memang salah..membuatkan aku nak give up..tak ada guna aku nak teruskan..tapi aku tahu aku tak boleh putus asa..aku cuma perlukan seseorang yang boleh buat aku untuk carry on..bersama-sama aku till the end..tapi aku tak tahu..aku masih tak tahu macam mana nak teruskan apa yang aku rasa..

when i need a shoulder to cry on, a friend to rely on when the whole world is gone..and i won't be alone cause you'll be there..
you'll be a sholder to cry on, the friend to rely on..when the whole world is gone..i won't be alone and you will always be there..

Thursday, March 26, 2009

huh!!!!!

aku bangun tidur tadi aku rasa muka aku macam bengkak tak tahu lah..tak kan disebabkan mimpi aku kena tumbuk dengan seorang mamat ni terkesan sampai dunia realiti..mungkin sebab kebelakangan ni aku tak cukup tak tidur atau aku tak nak tidur sebenarnya..tapi tidur tetap tidur..

aku risau aku tak tahu kenapa aku sejak belakangan ni ada sesuatu tak sedap hati..dah tiga kali aku mimpi benda buruk dan hampir mimpi aku adalah topik yang sama..aku akan tidak lagi sebulu dengan kawan aku dan aku tahu kami akan berpisah jugak akhirnya..

aku tak tahu kenapa aku akan dapat agak sesuatu benda tak akan menjadi sebelum harinya..dan itu membuatkan aku hilang mood terus nak keluar rumah..atau nak plan something yang extravaganzzz..sebab aku akan tahu jugak benda tuh tak jadi..dah banyak kali aku terkena benda macam ni..tapi aku tetap teruskan plan..cuma aku akan hilang mood..sebenarnya aku yang rasa semua yang akan berlaku esok lusa tak akan menjadi..aku ingatkan perkara tuh tak akan menjadi disebabkan aku..tapi tidak hampir semua itu disebabkan orang lain...mungkin aku terlalu banyak fikir akan kemungkinan sesetengah perkara itu tak akan menjadi kot..tapi aku tak dapat nak elak..aku tetap akan fikir..huh..

Wednesday, March 25, 2009

All good things must come to an end

Sebenarnya aku dah bosan dengan menaip segala benda yang aku nak luahkan dalam blog ni.Aku memang bosan sampai kadang-kadang aku bercakap dengan laptop aku yang aku pun dah hampir bosan dengan menyentuh tubuhya setiap hari.

Bosan..bosan..bosan..ye aku tahu..jangan cakaplah kamu semua tak pernah bosan dengan sesuatu even seseorang..aku dah bosan memikirkan yang aku akan bebas dari berfikir terlalu banyak..aku ingat lepas peperiksaan terpentin dalam hidup aku dah berakhir maka aku tak perlu lagi berfikir tentang banyak hal dalam jiwa aku yang macam nak keluar seperti peluru yang terkeluar dari mulut machine gun..huh..

aku suka seseorang dan aku bosan memikirkan tentang orang itu..dan aku rasa dia pun akan bosan dengan aku..aku dah bosan dengan mereka..dan aku tahu mereka juga akan bosan dengan aku..sebab aku kadang-kadang hampir tak ada topik untuk dibualkan bersama mereka..aku cuma mengatakan sesuatu yang bagi aku lawak..dan sebenarnya tak kelakar langsung untuk diceritakan balik..aku tak tahu mereka gelak dengan betul atau tidak..sebab memang aku akan gelak tapi aku fikir balik mereka sebenarnya dah penat jaga hati aku dah bosan jaga hati aku..mereka dah macam set their mind bila macam sesuatu situasi seperti buat lawak bodoh yang memang tak kelakar langsung tahap dewa berlaku mereka akan automatically akan gelak berseloroh supaya mereka tak nak mereka telah buat aku kecewa..I said stop menjaga hati aku bila kamu dah bosan..tapi merka tak boleh mereka dah terbiasa macam aku juga aku pun dah terbiasa..tak boleh buat apa-apa dah..hadapilah kebosanan itu seorang diri.

Kadang-kadang bila fikir balik masa mula-mula nampak seperti semuanya ok..sentiasa gembira bila berjumpa..berbual pasal ucing beranak tiga dan semua anaknya berwarna hitam pun dah cukup untuk meriahkan suasana..tapi tidak..aku bukanlah sangat bertuah untuk memiliki keadaan sebeitu setiap masa...kadang-kadang aku kena hadapinya sendiri..kadang-kadang aku cuba mengelak dari perkara seperti


silence:........................................................................................................................................

sepanjang pertemuan..dengan menukar topik yang ok tapi tak ada apa sangat untuk dikongsikan..people said sharing is caring..what if bila aku tiada benda lagi untuk dikongsikan bermakna tak ada lagi sayang yang dapat aku berikan.macam tu ke??
semua benda memang aku tak dapat nak faham..even kenapa aku selalu kena gigit nyamuk..orang lain pun mempunyai suhu badan manusia yang akan menarik nyamuk untuk mendekati manusia..aku tak salah kan nyamuk kerana kelambu terbakar..aku cuma tak faham kenapa disebabkan nyamuk kelambu terbakar dan disebabkan aku yang selalu berusaha untuk berbual topik yang orang lain tak suka dan menyebabkan mereka berasa bosan dengan keadaan sekeliling..atau aku.

Sebenarnya boredom is a great motivator..bila aku dah bosan aku akan galakkan diri aku dari buat sesuatu yang menyakitkan hati orang lain dan sebenarnya aku jugak..

urghh aku tak tahu kenapa ku suka sangat sakitkan hati orang lain..dah macam satu pekerjaan atau hobi aku..

aku selalu cakap yang ni..aku bukan lah baik sangat..dan aku tak akan jadi baik dan jahat..ia diantara dua sama ada terlalu baik atau terlalu jahat..

dan aku dah bosan membosankan manusia sekeliling aku..aku perlukan seorang ahli psikologi untuk bagitahu betapa bosannya personaliti aku..aku tiada variasi dalam hidup..kawan aku tetap sama..aku keluar dengan orang yang sama..aku bercakap perkara yang sama..aku suka mengulangi perkara yang aku dah bagi tahu orang lain..aku semakin membosankan..

Dan..
aku tahu memang bosan baca blog aku..
aku tahu itu..
aku dah lama tahu..
aku faham semuanya..
aku tidak perlu ada orang cakap kat aku macam ni

"tak kan semua benda aku nak bagi tahu kau"

sebab aku sebenarnya dah bosan untuk ambil tahu pasal benda yang kau tak nak bagi tahu..
aku mencuba untuk jadi baik terhadap semua tapi ia membosankan..

aku pernah seorang yang baik, optimis menjaga hati, sentiasa senyum , peramah tapi sesetengah perkara akan berakhir..dan akhirnya kebaikan aku berakhir disebabkan aku sudah bosan jadi sorang yang mebosankan..

Monday, March 23, 2009

Bukanlah niat aku nak menjauhkan diri aku dari orang lain yang aku tak nak jumpe..dah tak nak jumpe tentulah aku berniat nak jauhkan diri kan..tapi tak sebenarnya bukanlah niat aku..buat apa aku nak jumpa padahal aku punyalah pura-pura semuanya ok that everything is okay to me macam semua berlaku seperti biasa..

hujan : tak tahu kenapa lately aku rasa macam aku jahat je..nampak baik tapi jahat.
cloud : aku pun kadang-kadang rasa macam tu..
hujan : teruk jugak aku ni sebenarnya

as i said before aku bukanlah baik sangat nak jadi kawan mereka sebab tuh aku tak nak mereka terlalu memberi satu expectation yang tinggi kepada aku. No!!! jangan buat macam tu.aku takut mereka akan kecewa dan aku akan rasa bersalah..aku tak suka rasa bersalah..tapi bila benda yang disebabkan aku yes i should berasa bersalah..once again I said I'm sorry for my misbehaviour..It's not yours it's mine..
banyak sangat perkara yang nak diceritakan kat dalam blog ni..tak semuaya boleh diluahkan dalam blog. I also need someone to talk to..thanks for lending your ears for these few days cloud..

Saturday, February 21, 2009

aku tak bersedia untuk jumpa kawan-kawan sekolah aku yang lain.aku takut aku tak boleh nak ramah macam dulu balik.aku peramah ke?

aku cuba larikan diri aku nih kalau berjumpa dengan diaorang bukan aku tak suka cuma aku tak nak diaorang rasa aku nih macam nak tak nak jumpa diaorang dan mulalah spekulasi yang aku dah lain lah apa lah lupa kawan..tak bukan.cuma aku perlu masa untuk recover balik..aku perlu masa untuk melayan kerenah kawan-kawan aku..aku tak nak rasa janggal..aku minta maaf.
ok biar aku mulakan dengan lafaz assalamualaikum..
hurmm..

baru-baru ni aku sangat bosan dan ntah rasa macam bengang dengan perangai mereka lagi lagi perangai aku yang aku tak tahu kenapa suka sangat sakitkan hati orang lain..aku tak tahu lah kenapa nak marah kat aku kalau aku tak buat salah.aku paling tak suka betul bila aku tanya sesuatu tuh tak nak jawab aku tahu lah aku ni lembab blurr aku nampak macam tak berapa interested dengan perbualan korang tapi tolonglah jangan buat aku macam tak de perasaan yang sememangnya aku tak boleh nak tunjukkan perasaan aku nih.at least kau cerita jelah ni tak bagi alasan yang aku lambat sangat nak pickup cerita.

lain kali aku malas lagi lah nak tanya apa-apa cerita yang korang tak nak cerita kat aku tuh..penat kena tuduh aku ni tak pernah nak ambil berat tentang masalah korang..
i just don't give a damn anymore!!!!!

Friday, February 13, 2009

ketamakan jiwa

aku dah sangat lama tak tengok matahari pada waktu pagi..hari nih aku bangun awal dalam pukul 6.30 macam tuh la rasa macam zaman sekolah pulak..tapi bukan tuh aku nak cakap aku rindu sangat kehidupan aku yang tak berapa nak sibuk sekarang ni even aku dah tak nampak pagi dan petang aku keluar dari rumah je masuk kerja balik dah malam..hari-hari macam tuh semuanya sebab aku nak dapatkan duit..aku tak tahu kenapa aku nak duit nak cakap aku nak barang tak dalah sangat..aku suka duit kot atau hidup ni perlukan duit nak pergi mana-mana kan..kire kalau macam nih aku dah sia-siakan hidup aku hah..aku dah tak peduli sangat pasal orang lain..seriously memang tak..dah dekat 3 bulan aku tak tengok Tv, main game, belek-belek handphone, dah hilang oh rasa teruja dalam diri..
wah dah beberapa lama tak berblogging (betul ke hah ) lama dah berehat dari menulis nih..tak tahu oh nak tulis apa.kepala tengah serabut tahap dewa sekarang nih.tapi rasa lega akhirnya dah boleh buka blog balik..ahahah


p/s : azuan cayalah BM kau sangat impresif.. HIdup Azuan Matafaka!!!..
ikhlas ke hah..aagagagag..

Tuesday, January 6, 2009

ketensionan melampau

aku tahu aku beberapa hari ni agak tension memikirkan ntah apa-apa ntah dalam hidup aku yang aku rasa tak berapa nak penting sangat untuk difikirkan.merapu-rapu jek macam ikan kerapu.apa sangat lah yang aku fikir ek sampai aku stress out tahap karma.aleh-ealh yang aku fikir pasal duit tak ada nak makan, esok cuti tak tahu nak pergi mana nak mintak duit siapa..yang kecik-kecik punya hal..mungkin aku tak fikir dalam-dalam kot apa masalah aku sebenarnya..

aku rasa aku ni tak tahu pun apa masalah aku tapi fikiran aku selalu terawang-awang..tuh yang kadang-kadang bila orang tengah cakap dengan aku..aku tak dapat nak dengar bukan sebab aku pekak tapi time tuh aku fikir something yang aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan..makin lama aku fikir makin aku sakit hati..jadi aku cepat marah..bila orang tanya aku something aku jadi blurr.


agaknya orang marah aku pun aku tak tahu orang tuh tengah marah aku atau tak..perasaan aku pun agaknya aku tak tahu..urghhh..
susahnya tak dapat tahu pasal diri sendiri..seperti makan ice cream sundae chocolate tapi tak tahu sama ada ice cream tuh rasa chocolate atau strawberry..


confuse aku..

*sigh