Friday, November 26, 2010

Perasaan itu





I feel wonderful
Because I see the love light in your eyes
And the wonder of it all
Is you just don't realize how much I love you









Thursday, November 25, 2010

Aku Tulis Ini Hanya Untuk Kau

Aku mengenali-nya sebagai pua, si gile. Aku tak panggil dia pua. Tapi family dia panggil dia pua. Tapi dalam entri aku ni aku nak guna-kan kata ganti nama dia sebagai pua.

Si pua adalah se-orang, satu manusia yang paling kelakar, yang paling cepat terasa, yang paling baik hati, yang paling bijak, paling tabah tapi cepat sakit, dan yang paling menenangkan aku.

Masa pertama kali aku berkenalan dengan dia. Aku tahu kami akan menjadi sangat rapat, serapat ikatan keluarga, ikatan suami isteri, ikatan adik-beradik, segala-lah ikatan yang ada di dunia ini, yang wujud.

Kadang-kadang, aku jarang menulis pasal dia dalam blog aku ini, sebab aku suka merahsiakan sesuatu yang aku sayang, seseorang yang sangat penting dalam diri aku. Tapi, hari ini aku dah pecah tradisi diri sendiri, aku dah pecah peraturan blog ini untuk menceritakan pasal pua. Bukan bermaksud aku sudah tidak menyayanginya sudah. Tapi aku cuma merasakan yang aku tidak tahu apakah aku masih boleh mengatakan sayang padanya lagi.

Dia selalu panggil aku gile. Layan sahaja karenah aku yang ntahapehapentah ni. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia sentiasa buat aku gembira, malah buat aku sedih jugak. Mengenali dia, membuat-kan aku mengenali erti sedih, gembira, terasa hati, cemburu, tidak puas hati, senyum seriangnya, menangis sepuas-puasnya, dan meluahkan segalanya. Dia satu-satu nya yang boleh membuatkan aku menunjukkan keburukan diri aku yang sebenar. Walaupun dia tidak sedar bahawa bila dia sudah nampak buruknya aku, bermakna aku telah membenarkan dia memasuki kesuluruhan hidup aku. Sebab aku tidak mahu menyorokkan apa-apa dari dia, dengan harapan dia dapat melihat dan bertahan dengan aku. Supaya dia dapat, lihat kejujuran aku. Ya, dulu aku memang suka sangat hipokrit. Terpaksa menipu semata-mata nak jaga ahti orang lain. Tapi aku selalu sahaja kantoi dengan dia ni, dia sentiasa dapat tahu yang aku sedang menipu dia di masa awal perkenalan kami. Tapi aku mula sedar, dia bukan lah sekadar kawan pada aku. tapi lebih lagi. Aku tak kesah jika orang lain kata kami macam pasangan kekasih. Sebab kami memang bukan pun. Kami macam, sesuatu yang hodoh tapi cukup indah. Ada cacat celanya tapi sempurna. This is how you make me feel, pua.

Tuesday, November 23, 2010

This is why my guy is soo cool








Problem. Solved



I just really hate JUSTIN bieber


This Man Is Soo Damn Cool



Terfikir Yang Tak Patut Difikirkan

Kehidupan berjalan seprti biasa sahaja beberapa hari ini. Tiada perkara yang ajaib yang boleh membuatkan aku berasa selesa pun berlaku sekarang. Juga aku malas nak fikir tentang ingin pulang ke kampung halaman. Aku tahu aku patut bersyukur sebab dapat pulang pada hujung-hujung tahun ini tatkala kawan-kawan seperjuangan telah pun memulakan percutian mereka.

Tapi boleh tak aku berfikir yang aku tidak rasa apa-apa pun hendak pulang ini. Aku tak tahu apa yang akan aku lakukan bila aku pulang nanti. Seperti aku merasakan mereka tidak perlu menunggu aku kalau mereka mahu meneruskan agenda mereka itu. Bukan bermaksud aku tidak berperasaan ingin pulang maka aku tidak ingin berjumpa mereka mahupun aku tidak merindui mereka. Teramatlah rindu. Tapi ade sesuatu perkara yang aku takutkan. Perkara yang boleh membuatkan aku menyakiti orang lain bila mereka berjumpa dengan aku. Takut perubahan pada aku yang sudah kelihatan oleh mereka. Takut cara dan gaya aku sudah lagi tidakkena dengan mereka.

Ya, walaupun saling berhubungan melalui social networkseperti facebook/yahoo messenger tapi aku takut apakah perbualan yang selesa tanpa muka ke muka akan menjadi tidak janggal bila berjumpa. Kebenarannya, aku banyak perkara yang ingin diceritakan pada mereka, tapi aku takut aku akan melebih-lebih bercerita tentang hal aku.


Apa yang aku rasa-kan sekarang adalah keinginan untuk jumpa ada tapi tidak ingin berjumpa. Kamu boleh berasa hampa dengan apa yang aku fikirkan sekarang ni. Sepatutnya kejanggalan itu tidak patut muncul dalam ideologi pemikiran aku ini. Sebab orang yang kita sayang walau macam mana pun mesti ada perkara yang ingin dikongsikan.

Tapi, still, boleh tak kalau aku cuma nak tengok korang dari jauh je?


Sunday, November 21, 2010

Orang di bandar jarang senyum, kan?

People in the city rarely give a smile, right? Their lives are too stressful. Not only they have a very stressful life, but the people around them were not very helpful. If you smile at them, they will look back dengan pandangan serong as if you are crazy. Pity, pathetic. Even a smile can be misinterpreted too. Just like if a man smile at a woman, a woman who lived in the city will feel that they are being wooed. If you smile at strangers on the streets, their faces turned immediately to the expression of full of suspicion and the long face.

Yes, I do understand. We all have our problems, respectively. We have all been affected by depression that came without any specific reason and then disappear just like they have gone with the wind. But sadness and dissatisfaction are not allowed to please you if you try to make other people also feel sad and miserable like you. Your sadistic nature is only going to eat you up.

What is wrong if we treat others better? What is wrong if we are more considerate of others? Are we going to lose something?

It is not cool making other people feel bad about themsleves, right?Life is so short. Why can't we all be nice to each other in this short time that we are here together?




Thursday, November 18, 2010

A Loner

What would you do if you see someone eating alone at a cafe?Are you going to greet him and ask permission to sit with him or you just go away without feeling anything?

Of course, many will go away without feeling a thing about that person. Maybe I will do the same thing too. But what if you are in that person situation? What do you feel?

Sometimes I do not feel afraid to sit alone with no friends either when eating out for a walk or watching a movie. I really enjoy when I'm alone. Maybe people will say that they are very sorry for my situation. Not that i have no friends, bit i feel sometimes I just need time for myself.To love myself more. Frankly speaking, I really felt my past time, I really did a lot of talking to myself. I feel I must speak to my own self, and that is because of me wondering if it was not me who is always talking to myself, who else would talk to me. It does not mean you are crazy. If you talk to yourself alone. What I think just, I need to make time for myself. I repeat, make time for myself.

I feel sometimes I need to go out and eat alone. Watch movie while eating popcorn and wander around to see people with lot of "ragam" out there alone. Yes, A L O N E. Pathetic? But being pathetic is apathetic way to be right? But I do feel content. In this life I really think that sometimes we should have this kind of feeling, yes, feeling lonely.I feel that sometimes, you, me, and us should feel so, you know feeling lonely, feeling at a distance, feeling no hope. With it it makes you feel a sense of longing, sense of love, sense of being apart and the sense of loss. That will make you appreciate what you have, thanks to what have been given to you. As Life is now a sunshine, life is now a shade, live your life to the fullest, for tomorrow might never comes. Even when you are alone. Just live your life as what it deserved to be.

Monday, November 15, 2010

Just hold on to me tight



This song always captured my heart

Michael Buble' can touch someone's heart

Sumpah Kelakar





p/s : dumbledore memang memalukan



I agree. A camera for every day of the week







Am not a good Muslim

Dalam kad pengenalan diri tertulis agama Islam. Betul ke aku boleh berbangga dengan status agama Islam. Aku tak ragu-ragu aku memang seorang Islam. Walaupun sejak kecil aku tak pernah terfikir tentang agama lain. Apa yang aku tahu aku adalah seorang Islam. Ya, Islam, bukan Islam yang mengucap kalimah syahadah yang agung itu ketika aku berumur 18 tahun, bukan seperti para sahabat Nabi yang melafazkan kalimah itu selepas mengakui ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW junjungan mulia, tapi aku tahu aku akan dilahirkan sebagai seorang Islam, bukan maksud aku, "aku tahu" tapi tak apalah, kamu akan faham sendiri, Islam keturunan kata orang, Islam yang diwarisi dari agama nenek moyang aku, abah aku melaungkan azan di telinga aku ketika aku dilahirkan dan disunatkan, diakikahkan, sebagai seorang Islam. Ya, Islam keturunan.

Bagi aku berfikir sejenak, apa tidak bagus ke dilahirkan seorang Islam? Bagus, sangat bagus dan aku sangat bersyukur akan takdir Maha Pencipta kepada aku untuk dilahirkan di dalam agama yang diberkati-Nya itu. Apa aku mahu dlahirkan sebagai seorang yang beragama lain selain dari Islam? Itu aku tidak tahu. Aku tidak boleh kata ya, malah kalau boleh aku mahu katakan tidak. tapi apakah jawapan tidak aku itu menunjukkan aku seorang muslim yang baik?Sebagai seorang yang tidak mahu dilahirkan dalam agama yag lain dan bersyukur di atas keberkatan kelahiran seorang Islam apakah aku sentiasa mengamalkan perintah-Nya? Pertanyaan ini harus aku melewati diri sendiri dan bermuhasabah dalam kehidupan seharian aku untuk menjawabnya. Ya, aku bukanlah seorang muslim yang bagus. Ilmu sangat cetek. Amalan sebagai hambanya OnOffOnOff sahaja.

Aku berasa, apakah Allah masih menyayangi diri aku, setelah apa yang aku lakukan adalah perkara yang boleh membuat kan diri-Nya murka. Apa aku tidak takut akan janji-Nya bahawa nerakalah tempat bagi mereka yang tidak melakukan perintah-Nya. Aku sering bertanya, apakah aku masih ada lagi tempat di dalam Syurga-Nya. Apakah aku sempat bertaubat? Kadang-kadang aku hanya insaf dalam diri sekejap sahaja dan kemudian aku akan lakukan balik. Apakah aku sudah memungkiri janji. Janji aku pada yang Maha Mengetahui di saat aku dilahirkan.

Apa yang aku tahu, aku perlu mencari diri aku kembali. Untuk mencari diri aku, aku perlu mencari Dia yang Esa. Teruskan, walaupun aku tahu aku akan mengulangi kesilapan yang sama.

I was once a good girl, once. Now. Not anymore. Hoping for that 'once' to come and seek of the truth.

Curangi keadaan

Aku sangat bosan hari ini sehinggakan aku tak sedar yang aku dah browse 127 pages dekat tumblr ni. Betul, hilang rasa nak marah aku bila aku tengok gamabr-gambar dalam ni. Membuatkan aku rindu zaman aku dulu-dulu. Membuatkan aku rindu nak nak menonton lord of the rings secara marathon with my siblings. yeah! patutnya aku belajar. Tapi sebab kau buat aku tak tenang nak study dalam bilik. Berharap untuk pindah universiti.

Aku tak tahu kenapa. Tapi sebenarnya aku berharap aku dapat pindah rumah lain, dan stay di bumi sabah ini. Terasa seperti aku dah curangi seseorang yangberada disekeliling aku.

Roommate Macam Haram

Senarai Perkara Paling Annoying Seorang Roommate

1.Kau bising macam orang gila bila aku nak tidur. Lepas aku dah tutup lampu and dah tertidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau balik lewat, buka lampu, cakap dan gelak kuat-kuat. Macam haram.


Tak pun kalau kau ada kelas pukul 8 and aku ada kelas pukul 10, kau bangun pukul 7 untuk bersiap-siap dengan bisingnya, dengan slam laci semua sekali, seolah-olah dengan sengaja tak bagi aku tidur balik. Lepastu kau blah tanpa tutup lampu, supaya aku terpaksa berjalan ke suis, tutup lampu dan tak boleh sambung tidur balik.


2. Kau pulaukan aku kemudian boleh pulak kau 'pinjam' barang-barang aku tanpa izin dan buat tak tahu je.


3. Kau cakap banyak sangat bila kau ada dalam bilik sampai aku tak dapat fokus kat apa yang aku tengah buat.


inspired by magenta



Sam: “I wonder if we’ll ever be put into songs or tales.”

Frodo: “What?”

Sam: “I wonder if people will ever say, ‘Let’s hear about Frodo and the Ring.’ And they’ll say ‘Yes, that’s one of my favorite stories. Frodo was really courageous, wasn’t he, dad.’ ‘Yes, my boy, the most famousest of hobbits. And that’s saying a lot.’”

Frodo: “You left out one of the chief characters. Samwise the Brave. I want to hear more about Sam.”

[Frodo stops to look at Sam.]

Frodo: “Frodo wouldn’t have got far without Sam.”

Sam: “Now Mister Frodo, you shouldn’t make fun. I was being serious.”

Frodo: “So was I.”

Sam: “Samwise the Brave.”




Sunday, November 14, 2010

A Sudden


Membaca entri yang baru pagi tadi membuakan aku rasa kadang-kadang perkataan tak membwa maksud yang mendalam. Kita perlukan sentuhan fizikal (untuk muhrim sahaja-lah kan) untuk bagi tahu we love them. Mungkin sebab aku tak rasa perkataan boleh membuat orang lain rasa kita sayang dia. Kadang-kadang kita perlu sentuh hati mereka yang disayangi in different way.


Saying "I love you"
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love meCos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things newJust by saying I love you

More than words

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know




these little hobbitses always make me touched


Saturday, November 13, 2010

The Tumblr

Semalam tiada kerja yang perlu di buat aku habiskan masa dengan melihat tumblr-tumblr orang lain. Sesungguhnya, memang buat aku berasa gembira bila melihat gambar-gambar yang di beri sedikit deskripsi.

Aku teringin nak ada tumblr. Tapi tiada bakat itu. Aku lagi suka melihat orang yang ada tumblr. Nak tahu apa dia rasa tentang sesuatu gambar tuh.

Bagi aku tumblr yang ini memang rocks. juga yang ini dan ini juaga.


resource : encik cerah-sebelah

Friday, November 12, 2010

Touched






Gimli :“Never thought I’d die fighting side by side with an elf.”


Legolas: “What about side by side with a friend?”

Gimli: “Aye, I could do that.


via fuckyeahlordoftherings


Day Dreaming


Aku nak decoration dinding bilik aku ada benda macam ni.





Sometimes I love you, Sometimes I don't

Aku tiada niat nak cakap bahawa aku tidak perlukan seseorang itu. Betul. Aku keliru. Aku tak boleh nak tinggalkan seseorang begitu sahaja, dan juga tidak boleh nak bertahan pada sesorang begitu sahaja. Apa pilihan yang aku ada sebenarnya? Boleh kau tolong bagi tahu aku. Apa kau rasa aku tidak lagi ambil kisah pasal kau. Apa aku sudah rasa hilang diri.



Apa bisa-ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu
Aku dijaga kamu
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku
Bidadari diriku
Aku pun tak menahu
Tuhan, tunjukkan aku apa dia yang satu itu
Tunjukkan aku

Tidak bermaksud aku bahagia disini aku bahagia tanpa kau disisi
Tidak bermaksud aku tidak bertanya khabar disana aku sudah melupakan
Tidak bermaksud aku tidak berhubung tiada kerinduan aku pada-mu

Aku cuma perlukan kepastian. Cinta-ku pada-Mu ya Allah yang aku utamakan. Semoga aku mengasihimu kerana Allah. Beri aku masa.

This is truly OMG

Aku tak percaya Harry Potter yang terakhir dah keluar. Bukan sebab aku fanatik sangat dengan Harry Potter tapi sebab aku terasa sepert dengan keadaan aku yang tengah exam dan tak boleh keluar dan click aku yang berada jauh di perantauan dan di semenanjung menyebabkan aku rasa tak mungkin aku nak suruh mereka tunggu aku balik baru boleh dapat tonton movie itu bersama-sama, kan?

Once again, I was like, " Oh-am-gee" no no. Ini tidak mungkin. Tapi chill sahajalah. Mungkin ada peluang lagi. like my friend said :


"kita tengok wayang in synchronicity je lah kalau tak ada alternatif lain. wayang hari sama, waktu sama, tempat je lain. tapi bagaikan bersama-sama. cheeewah."


Thursday, November 11, 2010

Panggilan si Don Juan

Aku tiba-tiba sedar bahawa aku dengan si jajar ada agak persamaan dalam memanggil kawan aku yang sorang nih,

Aku tak pernah panggil dia awan atau wawan. Dan begitu juga dengan jajar. Setahu yang aku dengar lah. Tak tahu pulak bila aku tak ada dia panggil don juan awan.


p/s: entry pertama aku yang ada kaitan dengan budak spec hitam jajar.

The Curiosity

"Rasulullah SAW said, “Do not talk for long without remembering Allah, for talking much without remembering Allah is hardness of the heart. The most distant amongst Men from Allah is one with a hardened heart."

via musalman



Sebagai untuk mengetahaui, apabila kita sedang bercakap kadangkala kita mesti akan tersebut perkataan Ya Allah, Astarghfirullah-hal-'azim dan etc. Adakah itu kita mengingati Allah?





very in the morning

I woke up early today. I mean really early. It's 4 o'clock My eyes just "pop out" and all of a sudden my fingers running to the keyboard and starting to type the word F A C E B O O K. Without I knew any idea why my fucking head eventhogh in keadaan "mamai-mamai" but I still want to log into that account. ( my dreams; prankly speaking, I really dreaming of about having a blog-typed-in-english. Mungkin aku akan biasakan diri dengan pelbagai jenis buku dalam bentuk penulisan Inggeris). Aku masih belajar. Sila betulkan saya, jika saya salah.

Aku masih dalam proses pembelajaran, apa-apa sahaja. Semuanya aku perlu belajar, bukan hanya untuk dapat flying colors untuk peperiksaan atau lulus peperiksaan. Tapi lebih dari itu. Aku kadang-kadang agak tersedar, terutama pada waktu nak dekat-dekat exam. Aku memang suka baca buku. Apa-apa jenis buku, pengecualian untuk novel melayu yang cintan-cintun ye, aku memang tak dapat bertoleransi dalam hal ini. Tapi apa yang aku nak cakap adalah, kadang-kadang aku bukannya belajar perkara yang masuk exam pun. Aku lebih suka baca benda yang tak ada kena mengena pun dengan exam, dan bila aku tersedar aku tak usik pun tajuk-tajuk dalam syllabus pembelajaran itu yang membuatkan aku terpaksa "study" pada saat-saat terakhir. Aku tak pernah percaya yang study pada saat akhir boleh ingat-la apa yang di baca tadi, ya jika kamu tidak beras panik pada ketika sebelum peperiksaan, tapi tidak kalau secara tiba-tiba ada salah seorang dari rakan anda mula bertanya,"wei, macam mana nak cari alpha untuk statistic eh?", masa th baru kau tahu cetek atau tak pengetahuan kau pasal exam yang kau nak ambil tu. Mulalah kau rasa panik dan suddenly kau blank. Inilah kehidupan.

Tapi bagi aku, aku tak dapat jawab soalan peperiksaan sebab knowledge yang banyak dalam otak aku, bukan-lah knowledge untuk jawab pepriksaan. Pagi-pagi lagi aku dah terfikir, kenapa aku masuk universiti kalau tak mahu belajar perkara yang ada dalam syllabus. Kau nak mampus. Kalau kau pandai macam Rancho Syamaldas Chachad dalam cerita 3 idiots boleh lah kau nak belajar benda lain yang bukan dalam syllabus. Tapi otak pun tak ok nak belajar benda lain. Teruskan bermimpi sahajalah, afiqah oi. Mungkin jiwa dan diri aku tiada disini agaknya.


Apa-apa pun, cubalah belajar untuk ikut aliran. Janganlah buat aliran sendiri. Aku rasa aku nak stop jadi seorang yang suka sangat against the nature. Inilah masanya untuk kau ikut tunjuk ajar orang, kalau kau nak berjaya.


7:53 a.m

my roomate : kenapa awak asyik , baring depan laptop sahaja, bangun tidur terus bukak laptop, tak gerak-gerak dah dari katil?

Di Balik Hujan : Dalam hati - Jangan kau nak kesah lah pasal hidup aku. Dahla pulaukan aku nak sampai 2 minggu dah. Suka hati aku lah nak gerak atau tak. Bukan nya aku tak study.

Kadang-kadang aku geram jugak orang macam ni. Nasihat dalam perli. Aku tak suka. Kau expect macam kau baik dah sebab kau bagi free advice. Oh com'on. Aku tak makan lah. By the way aku sedar aku nih macam ni. Aku lebih terima kalau orang bagi nasihat in jokes.



Cell-Phones Fish Eye Lens


hurmmmm..



Awesomemerizing!

Ada siapa-siapa nak tolong belikan untuk saya tak? Sebagai hadiah hari jadi pun boleh. Naaaaaaaaakkkkk.









Mana ada jual flash ni eh?





Being Your-self

Really kamu boleh jadi diri sendiri? Maksud aku benar-benar diri kamu yang sebenarnya. Tidak, bukan?

Ramai, kalau aku tanya kamu orang ini bagaimana orangnya. Mereka selalu menjawab, yang kau lihat aku ni, tulah diri aku. Aku tak suka jadi orang lain. Nak buat apa jadi orang lain. Just be yourself. Again, Just be yourself.

Bagi, aku, atau mungkin aku sahaja-lah agaknya yang berasakan bahawa memang tidak boleh jadi diri sendiri. I mean the real you. Kadang-kadang kamu mesti ada sesuatu tentang diri kamu daripada orang lain. Kamu ade keinginan untuk menyorok sesuatu atau mungkin kamu perlukan rahsia hidup.

Agak tidak relevan kalau orang itu boleh bersifat dirinya sendiri. Aku jarang bersikap diri sendiri. Tapi hampir kepada diri sendiri adalah. Itu pun dengan orang yang sangat rapat dan penting dalam hidup aku. Bagi yang lain-lain aku banyak bersikap hipokrit. Kalau sebut pasal hipokrit sahaja mesti orang ingat aku talam dua muka. Nak tunjuk diri sendiri baik dan bagus. Naaa--aaah. Kalau kamu berfikir sedemikian, kamu silap. Hipokrit penting untuk menjaga perhubungan yang baru dibina. Hipokrit memang berkesan. Bukan bermaksud kita berpura-pura. Tapi hanya sekdar langkah-langkah untk megelakkan dari membuat orang lain terluka dan sakit hati/bengang/ditindas dan etc.

Kalau aku, aku lebih prefer untuk menjadi hipokrit lah. In good ways. Kadang-kadang, bila aku terfikir jadi diri sendiri memang akan membuatkan orang berasa yang kita terlalu selesa dengan mereka sampai tidak menjaga tatasusila berkawan. Mungkin kamu perlu ikut aliran semasa. Flexibel yang paling penting. Jangan disebabkan kamu terlalu nak jadi diri sendiri hinggakan tidak boleh menerima arus semasa. Pendirian dan identiti itu penting tapi perlu ada titik tolak untuk ikut cara orang lain juga.

Dan untuk itu kita perlu jadi hipokrit. Untuk orang lain menerima kita.

p/s: tapi kalau depan orang yang aku tak suka memang aku tak boleh nak hipokrit. Maksud aku, aku tak boleh nak tunjukkan aku boleh layan dia atau apa, because you are nothing to me so there is no reason why i should jaga hati kau. Hipokrit aku adalah untuk jaga hati orang. Jangan salah faham.









Depressed Insanity

I will show depression when I went insane. I would be the emotionless, innerly sad person in the room.


*Depressed insane people are most likely to cry for days, always have a blank face, and just lay down without moving an inch for days. The most common way to get Depressed Insanity is by simply losing all you have, including hope, because of your self. All around its being sad, unhopeful, downing, and hated.

really?


Wednesday, November 10, 2010

Surat Promotion Untuk AJK Tertinggi

Ayat cliche bila nak memulakan satu-satu perkenalan untuk menceritakan pasal sesorang. "Pertama kali, aku jumpa dia....". Betul, kan?

But siapa ada kisah sebenarnya, ayat apa atau bagaimana mana nak mulakan cerita itu. Biarkan sahaja apa yang dirasa memilih jalan selsesanya untuk bercerita. Tak perlu ayat-ayat superb untuk tunjukkan perasaan. Simple one can do, really. Ini adalah pasal perasaan. Bukan untuk tarik perhatian dan untuk dipuji kita ada vocubulary yang sangat luas. So, jangan bagi kesah sangat.

Baiklah, wow, perkataan aku mula-mula nampak apabila nampak dia, budak baru. Tapi nampak gaya macam dah ada kawan-kawan dia disini. Aku tak tahu yang dia akan masuk kelas aku. Dan duduk disebelah aku. Pada masa itu, kawan aku baru je pindah ke Singapore, kemudian tempat duduk tuh dah digantikan oleh dia. Nevermind. Memang betul. Dia agak dikenali, walaupun baru je masuk.

Aku rasa aku agak gembira bila dah jumpa orang yang minat Michael Buble yang sama tahap nya tinggi sama dengan aku. Selalunya, susah orang nak minat penyanyi macam ni. Tapi bagi seorang lelaki. Dia sangat cool kalau dia minat Michael Buble. Tapi aku tak pasti macam mana bermulanya kegilaan kami.

Dalam kelas memang kamilah yang paling bising. Selalu, bertanya soalan pada cikgu kononnya nampak macam pelajar baik. Aku ingat lagi masa subjek EST, Ms.vasanthy. Dia selalu je agak bengang dengan kami. Sebab kadang-kadang masa subjek dia kami selalu buat hal. Dahlah duduk sebelah-sebelah. Satu pertanyaan dia yang aku ingat sampai sekrang, "where is your boyfriend?", I was like, "who, teacher" she said," who else, the boy who sit beside you",. HAHA. Aku hanya gelak sahaja. Begitulah, punya agak sewel kami sampai cikgu pun ingat kami ni sangat rapat. Sebenarnya aku takut nak cakap aku rapat dengan dia ni. Sebab dia ada ramai lagi kawan lain yang rapat dengan dia. Jadi, aku hanya lepaskan kegilaan aku bila dengan dia.

Memang banyak perkara kami dah lakukan bersama. Adakalanya, memang orang lain tak pernah tahu pun kehidupan kami. Kononnya, pada orang lain kami jarang berjumpa, kalaupun pada masa cuti. Tapi kami jelah yang tahu. Sebab kami ni agak suka perkara yang spontaneous. Mana yang terfikir dulu kami akan terus laksanakan. Misalan, jom keluar? wayang? then kami seperti hanya mampu berkata joooooommmmm. Mungkin sebab itu banyak masa dihabiskan bersama. Kadang-kadang, kami boleh sahaja keluar, semata-mata nak minum root beer, dan tempat yang dipilih adalah KLCC. Hanya untuk minum root beer dalam cawan kaca yang besar tuh, dan cuba untuk buat brain freeze.

Ya, pengalaman yang paling aku tak boleh lupa, di antara banyak-banyak perkara aku dan dia ialah cuba makanan ala-ala Jepun dengan alasan nak cuba makanan baru. Kononnya kata kami nak jadi adventurous, spontaneous. Akibatnya, makanan itu sungguh menjelekkan. Tetapi pengalaman yang menyeronokkan walaupun "rasa"nya tidak. Perkara terluang kami adalah menonton wayang. Memang banyak dah wayang yang kami lihat bersama. Kalaulah aku masih kumpul tiket-tiket wayang itu, aku mesti dah nyatakan jumlah dah berapa kali tengok. Berjalan-jalan adalah kegemaran kami. Tak kira kemana pun destinasi, dan sebab itu kadang-kadang kami selalu dapat kenangan yang baru dan pengalaman yang tak pernah kami dapat. Bagi aku kami bukan sekadar berjalan-jalan kosong. Tapi memberi maksud terhadap sesuatu peristiwa. Segalanya ada label kenangan.

Satu lagi perkara, ialah dia umpama kaunselor kepada aku. Setiap perkataan dari dia selepas mendengar masalah aku memang ada kuasa untuk menyembuh. Walaupun, aku tahu, dia tak pernah rasa apa yang aku rasa, tapi yang bagusnya dia cuba untuk berada dalam keadaan aku, dan susah judge sesuatu perbuatan itu serta merta. Kami boleh berbual apa sahaja. Macam kami selalu fikirkan benda yang sama. Aku selalu terfikir kami ni memang menyedihkan walaupun nampak gembira. Sebab once kami dah borak-borak pasal kehidupan, dia kadang-kadang rasa juga apa aku rasa. Dan memang sangat kasihan betul dengan kami ni. Memang kita suka cerita pasal existential, kan?

Cerita dongeng, buat video tarian versi baru memang aktiviti during our past time. Ketawa tentang cerita dongeng yang dibuat-buat di mana sahaja ketika kami keluar. Aku masih looking forward nak buat video apa lepas ni. Macam comeback video. Tak silap dah dekat 2 tahun kami retire dari buat sebrang video. Aku tunggu dia balik nanti.

But then, aku secara jujurnya aku tidak pernah berjumpa dengan orang seperti dia selepas itu. Jarang orang yang terlalu similar dengan aku, secara emosi dan juga pemikiran. But you are the only exception. By that time, aku sedar, aku tak nak cari dah orang macam dia. And that make him special. Like no other.

Orang cakap dalam persahabatan tiada istilah, terima kasih dan minta maaf. Tapi kau deserve ucapan terima kasih dari aku. Kami akan datang jenguk kau nanti. Jaga diri.

p/s: Ceo Jalan-Jalan Enterprise dah adakan satu jawatan naik pangkat untuk anda. Perform well kat sana. Nanti terus kerja dengan pengerusi.



Hilang Selera

Seriously, aku nak mengaku aku agak hilang selera dah nak buka anything social networker kecuali blog. Dah hilang selera untuk ber-facebooking. Tidak tahu kenapa. Walaupun aku tahu facebook jelah jalan alternatif untuk aku berhubung dengan kawan-kawan aku yang kata susah betul nak contact aku sebab aku tak ada handphone.

Masa mula-mula handphone aku hilang, memang aku berasa sedikit hilang akal. Minggu pertama rasa macam lost connection dengan semua orang. Dan seminggu lepas tuh pulak. Laptop aku pula yang buat perangai dia yang memang tak disangka-sangka. At that time, I was thinking "shit, macam mana aku nak contact dengan dorang ni. Adeh fon aku tak ada. Nak fb-ing kau lak buat hal. Dayem!". Ini masa seminggu dua aku hidup tanpa handphone, Hidup sahajalah macam biasa.

Tapi, after the pass 2 weeks. Aku mula dah rasa aku tak berapa nak peduli jika aku tak ada alat telokomunikasi untuk berhubung dengan dunia luar. Mungkin perkara yang berlaku pada aku pada ketika itu. Membuatkan aku berasa, macam pointless untuk aku hubungi orang lain. Instead of, sebenarnya aku cuba elakkan orang lain tahu apa yang aku hadapi ketika itu. Let the time gos by-jelah.

Dan sudah hampir satu bulan, semalam aku terfikir; "aku malas dah nak beli handphone baru, asek-asek hilang, asek-asek hilang, aku dah give up dah nak beli fon. Ini masuk kali ke tujuh dah hilang, serik aku". Tapi bagi aku itu cuma alasan sahaja untuk cakap yang sebenarnya aku boleh jalani aktiviti macam biasa sahaja kalau tak ada siapa contact aku, atau aku contact mereka. tapi, still aku kena beli juga kan. Senang untuk family contact. Dan orang lain contact (sifat yang macam selalu fikirkan orang lain-lah membuatkan aku selalu je tak akan jadi nak buat apa yang aku selalu fikir-kan)Kesian, my eldest sister, along, terpaksa buka ym(yahoo messenger) dia twenty-four-seven sebab apa-apa hal dia cakap senang nak berhubung. Dia ada nak beli aku handphone baru. Tapi aku tolak. Menyusahkan dia je. Takpe, nanti aku cari yang baru.


Tapi, aku masih nak cakap, kenapa aku dah hilang selera nak tahu pasal orang lain. Aku dah hilang perasaan ingin tahu aku pada sesuatu. Damn!


Dilemma

kawan aku berkata, rugi kalau aku tak ambil kesempatan itu. Tapi hati aku terasa seperti berat hati untuk meninggalkan tempat ini. Sebenarnya, berada jauh dengan mereka yang disayangi memang mengajar aku erti rasa berjauhan. Dan sebab itu juga aku belajar erti kehilangan.

Aku tak tahu nak pilih mana satu. Just live it there for awhile. Aku fikir nani-nanti lah aku buat keputusan berkenaan perkara ini.

Kantoi Whatever

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai, you tak ada
Lagilah I jadi gila!

So I called and called sampai you answer
You kata, 'Sorry, sayang. Tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym."
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah, sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you? I pun tak tahu
No wonderlah my friends pun tak suka you


A day later * replied...

Semalam you call I, I tak answer
Tak faham ke, memang I dah tak suka
Dari dulu I dah cuba nak break dengan you
Tapi you ugut nak tunjuk "video" itu
Sudahlah psyho you jangan nak ganggu
You pakai bomoh macam-lah I tak tahu
You memang selalu buat I berbulu
No wonder-lah Mak I pun tak suka you



Reply yang pendek tapi terkesan


Tuesday, November 9, 2010

Tunjukkan Aku

What A Pathetic.

"oh come on, dont you really feel what I'm feeling right now?"

Aku rasa ayat ni memang sangat kasihan. Macam meminta satu belas kasihan dari orang lain untuk rasakan apa yang kau rasakan juga.

I bet everybody pernah been in depressful time before, right? Pernah rasa ada masalah, sedih sampai nak tersungkur, kan? Lagi- lagi mereka yang nampak happy diluar tapi sakit di dalam seems like I am talking about myself right here, but naaah. It is not about me. I mean I really good at it. Hiding my true emosions.

Kadang-kadang aku rasa biarkan diri sendiri merana sorang-sorang ni memang memakan diri juga. Tak merana macam mana-nya. Simpan kesedihan sorang-sorang. Even kau gagahkan diri juga untuk tidak menangis tapi satu masa akan buat kau menangis tak pernah berhenti. Tapi aku tak pernah tunjuk aku sedih atau tidak. Who cares really.

Tapi aku rasa kasihan dan rasa anoyying pada manusia yang suka nak tunjukkan emosi dia. Kau menderita tapi nak orang lain rasakan juga penderitaan kau tuh.

Misalan, kau baru break-up dengan boyfriend kau sebab boyfriend kau tuh main kayu 50 dengan kau. Tapi disebabkan kau yang terkena, kau nak orang lain terutama lelaki terkena juga. Then kau pun berperangai macam bitch pergi pasang sampai 4351764517 lelaki dalam satu-satu. ( memang agak hiperbola bilangan tuh) Lepas tu, kau fikir orang akan terima perbuatan kau tu sebab kau dulu dah pernah terkena. Jangan jadikan alasan sebab kau menderita kau nak orang lain terima penderitaan kau tuh dan sekaligus terima perbuatan kau tuh. Konon nya kau nak tunjuk yang kau nih mangsa percabulan dari seorang lelaki. Kalau kau buat sekali dua boleh lagi orang rasa kesian dekat kau, sebab tak bernasib baik dalam perhubungan tapi, kalau dah berjuta kali, lepas tu kau nak expect people nak terima kau yang perangai macam ntahapehape tu. Jangan harap-lah.

Then lagi satu, aku tak tersangka aku akan experience benda ni dalam hidup aku. Jumpa orang yang ambil alasan untuk segala perbuatan dia mcam Haram tu disebabkan background dia yang tak berapa nak ok masa dulu.

Tolonglah jangan nak ambil kesempatan dari keadaan kau yang dulu tu untuk kau buat orang lain rasa apa yang kau rasakan juga. Kau tak berhak nak berperangai seperti seorang yang tak bertamadun. Kamu tak berhal dan maki-maki orang lain atau marah mereka dan buat perbuatan jahat kamu pada mereka dan simply-simpy je kau berkata maaf.

Kalau kau buat sekali aku akan maafkan. Mungkin aku faham keadaan kau. Tapi kalau kau ambil kesempatan dekat kami dan berharap kami faham keadaan kau dan cakap, "ok, lah aku faham keadaan kau." oh puhleaseee not this time ok.

Aku minta maaf-lah sebab apa yang kau alami dulu-dulu tu aku tak pernah alaminya dalam hidup aku sendiri. Tapi masing-masing dah besar. Masa dulu mungkin kau tak tahu macam mana nak deal dengan hidup kau. Tapi sekarang kita dah boleh. Yang buat hidup kamu suck tuh bukannya kisah pun pasal hidup kamu dah. Kenapa nak hancur dan musnahkan diri sendiri disebabkan orang yang dah tak ada apa-apa dalam hidup kamu.

The Reality





Monday, November 8, 2010

Me first?

Aku menulis kerana kau, dan kerana kau aku berhenti menulis, tapi sekarang tanpa kau aku akan tetap menulis. Aku bangun agak lambat hari ini, tidak-lah lambat sangat, cuma bagi di sini waktu-waktu sedemikian memang agak lewat untuk bangun pagi. Selalun-nya aku jarang mandi lepas bangun dari tidur terutama pada cuti hujung minggu. Memang ter-amat-lah malas nak pergi bilik air dan mandi. Tapi, aku bermimpi malam tadi, dan aku terjaga tapi masih memikir-kan mimpi pada malam itu. Lalu aku pun bingkas bangun dan mencapai tuala aku prgi bilik air dan mandi. Tapi aku bukan setakat mandi sahaja. Aku mandi dan termenung. Dalam nak dekat satu jam aku hanya biarkan shower terbuka. Sebenarnya, kalau dulu aku kat rumah pun aku memang suka buat macam ni. Dah naik kecut jari-jari kaki dan tangan aku aku biarkan begitu sahaja. I guess it really works. Memang berkesan untuk melenyapkan segala yang aku fikir tentang perkara yang memang aku tak boleh berhenti untuk berfikir dengan. It's cold and it's cool. Tapi tak ada benda name cold exist right. How do I really care kan. Kadang-kadang rasa macam aku ni retarded dan pathetic pun ada juga.

Nevermind, kenapa-lah aku mesti berfikir pasal orang lain. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, even setiap hari aku akan berfikir pasal orang lain. Most of the time pula tu. Aneh. Macam aku tak ada diri sendiri untuk difikirkan dengan lebih kerap. This morning, secara kebetulan aku berfikir. Kalau-lah aku sudah tidak mahu ambil kisah pasal orang lain. Boleh ke? Hidup lebih bermakna tak kalau hanya fikir diri sendiri. Me first me first.

Sudah-lah, aku berfikir ok je kalau nak fikir pasal orang lain. Cuma aku dah malas nak melayan perasaan aku pasal orang lain. Peduli-lah mereka nak buat apa pun. Gembira ataupun tidak. Sebab aku pun mereka tidak pernah kisah sama ada aku gembira ataupun tidak. Mungkin tak termasuk semua orang. Ada juga yang masih kisah pasal aku. Cuma, this is time to play fair. Aku rasa sudah masa-nya jangan jadi terlalu baik dengan orang. Marah kalau aku nak marah, tumbuk kalau aku nak tumbuk. Jangan kisah pasal orang. Sebab mereka tidak kisah pasal kau.

But then, thinking of being that kind of person, aku rasa aku memang tak boleh. Walau sekuat mana pun aku cuba untuk tidak ambil tahu. Still aku akan ambil tahu. Maybe kerja aku stalking orang lain-lah kan. Tapi, aku tidak akan pernah dah tunjuk aku ni caring atau apa. Dah malas. So, baik jadi stalker. A loner, maybe.Then you will realize, how happy they are without you. Pathetic right? sigh





p/s : tak salah-kan?

A moment to remember

Baiklah. Aku mengaku.

Saya rindu-kan zaman matrikulasi saya. :)