Really kamu boleh jadi diri sendiri? Maksud aku benar-benar diri kamu yang sebenarnya. Tidak, bukan?
Ramai, kalau aku tanya kamu orang ini bagaimana orangnya. Mereka selalu menjawab, yang kau lihat aku ni, tulah diri aku. Aku tak suka jadi orang lain. Nak buat apa jadi orang lain. Just be yourself. Again, Just be yourself.
Bagi, aku, atau mungkin aku sahaja-lah agaknya yang berasakan bahawa memang tidak boleh jadi diri sendiri. I mean the real you. Kadang-kadang kamu mesti ada sesuatu tentang diri kamu daripada orang lain. Kamu ade keinginan untuk menyorok sesuatu atau mungkin kamu perlukan rahsia hidup.
Agak tidak relevan kalau orang itu boleh bersifat dirinya sendiri. Aku jarang bersikap diri sendiri. Tapi hampir kepada diri sendiri adalah. Itu pun dengan orang yang sangat rapat dan penting dalam hidup aku. Bagi yang lain-lain aku banyak bersikap hipokrit. Kalau sebut pasal hipokrit sahaja mesti orang ingat aku talam dua muka. Nak tunjuk diri sendiri baik dan bagus. Naaa--aaah. Kalau kamu berfikir sedemikian, kamu silap. Hipokrit penting untuk menjaga perhubungan yang baru dibina. Hipokrit memang berkesan. Bukan bermaksud kita berpura-pura. Tapi hanya sekdar langkah-langkah untk megelakkan dari membuat orang lain terluka dan sakit hati/bengang/ditindas dan etc.
Kalau aku, aku lebih prefer untuk menjadi hipokrit lah. In good ways. Kadang-kadang, bila aku terfikir jadi diri sendiri memang akan membuatkan orang berasa yang kita terlalu selesa dengan mereka sampai tidak menjaga tatasusila berkawan. Mungkin kamu perlu ikut aliran semasa. Flexibel yang paling penting. Jangan disebabkan kamu terlalu nak jadi diri sendiri hinggakan tidak boleh menerima arus semasa. Pendirian dan identiti itu penting tapi perlu ada titik tolak untuk ikut cara orang lain juga.
Dan untuk itu kita perlu jadi hipokrit. Untuk orang lain menerima kita.
p/s: tapi kalau depan orang yang aku tak suka memang aku tak boleh nak hipokrit. Maksud aku, aku tak boleh nak tunjukkan aku boleh layan dia atau apa, because you are nothing to me so there is no reason why i should jaga hati kau. Hipokrit aku adalah untuk jaga hati orang. Jangan salah faham.
No comments:
Post a Comment