Thursday, November 25, 2010

Aku Tulis Ini Hanya Untuk Kau

Aku mengenali-nya sebagai pua, si gile. Aku tak panggil dia pua. Tapi family dia panggil dia pua. Tapi dalam entri aku ni aku nak guna-kan kata ganti nama dia sebagai pua.

Si pua adalah se-orang, satu manusia yang paling kelakar, yang paling cepat terasa, yang paling baik hati, yang paling bijak, paling tabah tapi cepat sakit, dan yang paling menenangkan aku.

Masa pertama kali aku berkenalan dengan dia. Aku tahu kami akan menjadi sangat rapat, serapat ikatan keluarga, ikatan suami isteri, ikatan adik-beradik, segala-lah ikatan yang ada di dunia ini, yang wujud.

Kadang-kadang, aku jarang menulis pasal dia dalam blog aku ini, sebab aku suka merahsiakan sesuatu yang aku sayang, seseorang yang sangat penting dalam diri aku. Tapi, hari ini aku dah pecah tradisi diri sendiri, aku dah pecah peraturan blog ini untuk menceritakan pasal pua. Bukan bermaksud aku sudah tidak menyayanginya sudah. Tapi aku cuma merasakan yang aku tidak tahu apakah aku masih boleh mengatakan sayang padanya lagi.

Dia selalu panggil aku gile. Layan sahaja karenah aku yang ntahapehapentah ni. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia sentiasa buat aku gembira, malah buat aku sedih jugak. Mengenali dia, membuat-kan aku mengenali erti sedih, gembira, terasa hati, cemburu, tidak puas hati, senyum seriangnya, menangis sepuas-puasnya, dan meluahkan segalanya. Dia satu-satu nya yang boleh membuatkan aku menunjukkan keburukan diri aku yang sebenar. Walaupun dia tidak sedar bahawa bila dia sudah nampak buruknya aku, bermakna aku telah membenarkan dia memasuki kesuluruhan hidup aku. Sebab aku tidak mahu menyorokkan apa-apa dari dia, dengan harapan dia dapat melihat dan bertahan dengan aku. Supaya dia dapat, lihat kejujuran aku. Ya, dulu aku memang suka sangat hipokrit. Terpaksa menipu semata-mata nak jaga ahti orang lain. Tapi aku selalu sahaja kantoi dengan dia ni, dia sentiasa dapat tahu yang aku sedang menipu dia di masa awal perkenalan kami. Tapi aku mula sedar, dia bukan lah sekadar kawan pada aku. tapi lebih lagi. Aku tak kesah jika orang lain kata kami macam pasangan kekasih. Sebab kami memang bukan pun. Kami macam, sesuatu yang hodoh tapi cukup indah. Ada cacat celanya tapi sempurna. This is how you make me feel, pua.

No comments: