Aku menulis kerana kau, dan kerana kau aku berhenti menulis, tapi sekarang tanpa kau aku akan tetap menulis. Aku bangun agak lambat hari ini, tidak-lah lambat sangat, cuma bagi di sini waktu-waktu sedemikian memang agak lewat untuk bangun pagi. Selalun-nya aku jarang mandi lepas bangun dari tidur terutama pada cuti hujung minggu. Memang ter-amat-lah malas nak pergi bilik air dan mandi. Tapi, aku bermimpi malam tadi, dan aku terjaga tapi masih memikir-kan mimpi pada malam itu. Lalu aku pun bingkas bangun dan mencapai tuala aku prgi bilik air dan mandi. Tapi aku bukan setakat mandi sahaja. Aku mandi dan termenung. Dalam nak dekat satu jam aku hanya biarkan shower terbuka. Sebenarnya, kalau dulu aku kat rumah pun aku memang suka buat macam ni. Dah naik kecut jari-jari kaki dan tangan aku aku biarkan begitu sahaja. I guess it really works. Memang berkesan untuk melenyapkan segala yang aku fikir tentang perkara yang memang aku tak boleh berhenti untuk berfikir dengan. It's cold and it's cool. Tapi tak ada benda name cold exist right. How do I really care kan. Kadang-kadang rasa macam aku ni retarded dan pathetic pun ada juga.
Nevermind, kenapa-lah aku mesti berfikir pasal orang lain. Setiap saat, setiap minit, setiap jam, even setiap hari aku akan berfikir pasal orang lain. Most of the time pula tu. Aneh. Macam aku tak ada diri sendiri untuk difikirkan dengan lebih kerap. This morning, secara kebetulan aku berfikir. Kalau-lah aku sudah tidak mahu ambil kisah pasal orang lain. Boleh ke? Hidup lebih bermakna tak kalau hanya fikir diri sendiri. Me first me first.
Sudah-lah, aku berfikir ok je kalau nak fikir pasal orang lain. Cuma aku dah malas nak melayan perasaan aku pasal orang lain. Peduli-lah mereka nak buat apa pun. Gembira ataupun tidak. Sebab aku pun mereka tidak pernah kisah sama ada aku gembira ataupun tidak. Mungkin tak termasuk semua orang. Ada juga yang masih kisah pasal aku. Cuma, this is time to play fair. Aku rasa sudah masa-nya jangan jadi terlalu baik dengan orang. Marah kalau aku nak marah, tumbuk kalau aku nak tumbuk. Jangan kisah pasal orang. Sebab mereka tidak kisah pasal kau.
But then, thinking of being that kind of person, aku rasa aku memang tak boleh. Walau sekuat mana pun aku cuba untuk tidak ambil tahu. Still aku akan ambil tahu. Maybe kerja aku stalking orang lain-lah kan. Tapi, aku tidak akan pernah dah tunjuk aku ni caring atau apa. Dah malas. So, baik jadi stalker. A loner, maybe.Then you will realize, how happy they are without you. Pathetic right? sigh
p/s : tak salah-kan?
No comments:
Post a Comment