But siapa ada kisah sebenarnya, ayat apa atau bagaimana mana nak mulakan cerita itu. Biarkan sahaja apa yang dirasa memilih jalan selsesanya untuk bercerita. Tak perlu ayat-ayat superb untuk tunjukkan perasaan. Simple one can do, really. Ini adalah pasal perasaan. Bukan untuk tarik perhatian dan untuk dipuji kita ada vocubulary yang sangat luas. So, jangan bagi kesah sangat.
Baiklah, wow, perkataan aku mula-mula nampak apabila nampak dia, budak baru. Tapi nampak gaya macam dah ada kawan-kawan dia disini. Aku tak tahu yang dia akan masuk kelas aku. Dan duduk disebelah aku. Pada masa itu, kawan aku baru je pindah ke Singapore, kemudian tempat duduk tuh dah digantikan oleh dia. Nevermind. Memang betul. Dia agak dikenali, walaupun baru je masuk.
Aku rasa aku agak gembira bila dah jumpa orang yang minat Michael Buble yang sama tahap nya tinggi sama dengan aku. Selalunya, susah orang nak minat penyanyi macam ni. Tapi bagi seorang lelaki. Dia sangat cool kalau dia minat Michael Buble. Tapi aku tak pasti macam mana bermulanya kegilaan kami.
Dalam kelas memang kamilah yang paling bising. Selalu, bertanya soalan pada cikgu kononnya nampak macam pelajar baik. Aku ingat lagi masa subjek EST, Ms.vasanthy. Dia selalu je agak bengang dengan kami. Sebab kadang-kadang masa subjek dia kami selalu buat hal. Dahlah duduk sebelah-sebelah. Satu pertanyaan dia yang aku ingat sampai sekrang, "where is your boyfriend?", I was like, "who, teacher" she said," who else, the boy who sit beside you",. HAHA. Aku hanya gelak sahaja. Begitulah, punya agak sewel kami sampai cikgu pun ingat kami ni sangat rapat. Sebenarnya aku takut nak cakap aku rapat dengan dia ni. Sebab dia ada ramai lagi kawan lain yang rapat dengan dia. Jadi, aku hanya lepaskan kegilaan aku bila dengan dia.
Memang banyak perkara kami dah lakukan bersama. Adakalanya, memang orang lain tak pernah tahu pun kehidupan kami. Kononnya, pada orang lain kami jarang berjumpa, kalaupun pada masa cuti. Tapi kami jelah yang tahu. Sebab kami ni agak suka perkara yang spontaneous. Mana yang terfikir dulu kami akan terus laksanakan. Misalan, jom keluar? wayang? then kami seperti hanya mampu berkata joooooommmmm. Mungkin sebab itu banyak masa dihabiskan bersama. Kadang-kadang, kami boleh sahaja keluar, semata-mata nak minum root beer, dan tempat yang dipilih adalah KLCC. Hanya untuk minum root beer dalam cawan kaca yang besar tuh, dan cuba untuk buat brain freeze.
Ya, pengalaman yang paling aku tak boleh lupa, di antara banyak-banyak perkara aku dan dia ialah cuba makanan ala-ala Jepun dengan alasan nak cuba makanan baru. Kononnya kata kami nak jadi adventurous, spontaneous. Akibatnya, makanan itu sungguh menjelekkan. Tetapi pengalaman yang menyeronokkan walaupun "rasa"nya tidak. Perkara terluang kami adalah menonton wayang. Memang banyak dah wayang yang kami lihat bersama. Kalaulah aku masih kumpul tiket-tiket wayang itu, aku mesti dah nyatakan jumlah dah berapa kali tengok. Berjalan-jalan adalah kegemaran kami. Tak kira kemana pun destinasi, dan sebab itu kadang-kadang kami selalu dapat kenangan yang baru dan pengalaman yang tak pernah kami dapat. Bagi aku kami bukan sekadar berjalan-jalan kosong. Tapi memberi maksud terhadap sesuatu peristiwa. Segalanya ada label kenangan.
Satu lagi perkara, ialah dia umpama kaunselor kepada aku. Setiap perkataan dari dia selepas mendengar masalah aku memang ada kuasa untuk menyembuh. Walaupun, aku tahu, dia tak pernah rasa apa yang aku rasa, tapi yang bagusnya dia cuba untuk berada dalam keadaan aku, dan susah judge sesuatu perbuatan itu serta merta. Kami boleh berbual apa sahaja. Macam kami selalu fikirkan benda yang sama. Aku selalu terfikir kami ni memang menyedihkan walaupun nampak gembira. Sebab once kami dah borak-borak pasal kehidupan, dia kadang-kadang rasa juga apa aku rasa. Dan memang sangat kasihan betul dengan kami ni. Memang kita suka cerita pasal existential, kan?
Cerita dongeng, buat video tarian versi baru memang aktiviti during our past time. Ketawa tentang cerita dongeng yang dibuat-buat di mana sahaja ketika kami keluar. Aku masih looking forward nak buat video apa lepas ni. Macam comeback video. Tak silap dah dekat 2 tahun kami retire dari buat sebrang video. Aku tunggu dia balik nanti.
But then, aku secara jujurnya aku tidak pernah berjumpa dengan orang seperti dia selepas itu. Jarang orang yang terlalu similar dengan aku, secara emosi dan juga pemikiran. But you are the only exception. By that time, aku sedar, aku tak nak cari dah orang macam dia. And that make him special. Like no other.
Orang cakap dalam persahabatan tiada istilah, terima kasih dan minta maaf. Tapi kau deserve ucapan terima kasih dari aku. Kami akan datang jenguk kau nanti. Jaga diri.
p/s: Ceo Jalan-Jalan Enterprise dah adakan satu jawatan naik pangkat untuk anda. Perform well kat sana. Nanti terus kerja dengan pengerusi.
No comments:
Post a Comment