Seriously, aku nak mengaku aku agak hilang selera dah nak buka anything social networker kecuali blog. Dah hilang selera untuk ber-facebooking. Tidak tahu kenapa. Walaupun aku tahu facebook jelah jalan alternatif untuk aku berhubung dengan kawan-kawan aku yang kata susah betul nak contact aku sebab aku tak ada handphone.
Masa mula-mula handphone aku hilang, memang aku berasa sedikit hilang akal. Minggu pertama rasa macam lost connection dengan semua orang. Dan seminggu lepas tuh pulak. Laptop aku pula yang buat perangai dia yang memang tak disangka-sangka. At that time, I was thinking "shit, macam mana aku nak contact dengan dorang ni. Adeh fon aku tak ada. Nak fb-ing kau lak buat hal. Dayem!". Ini masa seminggu dua aku hidup tanpa handphone, Hidup sahajalah macam biasa.
Tapi, after the pass 2 weeks. Aku mula dah rasa aku tak berapa nak peduli jika aku tak ada alat telokomunikasi untuk berhubung dengan dunia luar. Mungkin perkara yang berlaku pada aku pada ketika itu. Membuatkan aku berasa, macam pointless untuk aku hubungi orang lain. Instead of, sebenarnya aku cuba elakkan orang lain tahu apa yang aku hadapi ketika itu. Let the time gos by-jelah.
Dan sudah hampir satu bulan, semalam aku terfikir; "aku malas dah nak beli handphone baru, asek-asek hilang, asek-asek hilang, aku dah give up dah nak beli fon. Ini masuk kali ke tujuh dah hilang, serik aku". Tapi bagi aku itu cuma alasan sahaja untuk cakap yang sebenarnya aku boleh jalani aktiviti macam biasa sahaja kalau tak ada siapa contact aku, atau aku contact mereka. tapi, still aku kena beli juga kan. Senang untuk family contact. Dan orang lain contact (sifat yang macam selalu fikirkan orang lain-lah membuatkan aku selalu je tak akan jadi nak buat apa yang aku selalu fikir-kan)Kesian, my eldest sister, along, terpaksa buka ym(yahoo messenger) dia twenty-four-seven sebab apa-apa hal dia cakap senang nak berhubung. Dia ada nak beli aku handphone baru. Tapi aku tolak. Menyusahkan dia je. Takpe, nanti aku cari yang baru.
Tapi, aku masih nak cakap, kenapa aku dah hilang selera nak tahu pasal orang lain. Aku dah hilang perasaan ingin tahu aku pada sesuatu. Damn!
No comments:
Post a Comment