Monday, November 8, 2010

Situasi Hari Ini

Just got back from One borneo Hypermall, aku tahu hari ini adalah hari pertama aku menduduki final exam untuk subjek yang pertama, statistic asas, just got 4 questions dan adalah anak-anaknya, and tak ada satu formula pun yang diberi, on that time I just like, what the??!! no formula!? and I didn't remember the formula for the 3rd and 4th questions. Aku hanya tersenyum dan kaku sebentar, "mak aih, formula punya panjang tuh untuk chapter 10 nih. Takkan satu clue pun dorang tak bagi, shit!" then till the time is up, aku hanya tersenyum melihat kertas yang agak tak penuh sambil menunggu untuk dikutip oleh pengawas. "masa dah tamat, anda tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga kesemua kertas jawapan telah diambil". On that time, aku rasa macam redha jelah. My bad, tak prepare hebat-hebat untuk soalan statistic yang memang senang tuh. I mean aku mengaku soalan dia sangat senang. I just too dumb tak fikir nak hafal formula. Ingat semua perkara macam kat high school dengan zaman matrikulasi aku ke hape, semua benda nak disogok.

Ok berbalik pada cerita selepas, kertas-kertas kawan-kawan seangkatan aku dikutip. Selalu mesti ada situasi yang macam ni. Kawan si A ni mesti akan tiba-tiba menyapa kawan dia si B ni "weyh hang dapat jawab tak?"( sorry lah kawan aku tuh dia orang parit buntaq memang agak pekat sket loghat dia, even cakap dengan orang sabah). Dan si B nih pula akan jawab tak tahu lah.tak ingat formula-lah, muka je nampak senyum tapi hati saja yang tahu-lah. Macam-macam. Kalau kita tengok situasi ni dalam exam hall memang kita akan perasan. Manusia pantang je dah bebas dari segala peraturan tu mesti, nak langgar cepat. Dalam kes ni, belum pun sempat pengawas mengutip semua kertas jawapan, tapi dah dengar soseh-soseh orang sebelah tanya itu ini lah apa-lah, tak dapat jawab-lah. Macam-macam. (biasa-lah, dua jam tak bercakap, mana tidak-nya jadi gian nak bercakap kan).

Tadi aku ada cakap kan yang aku pergi hypermall, sebanar-nya tadi aku pergi tengok movie. Lepas gian lepas dah lama tak jejak panggung wayang, jadi aku pun cakap dengan kawan aku, "eh, korang nak tengok cerita apa?? aku nda kesah ni kalau kamu orang mo tinguk cite ape"( KL mix sabah) "nda tau-lah.kita tinguk cita yang masa terdekat-lah" dalam hati aku cakap "boleh ba kalau kau.hehe" then kami pun decide lah untuk semborono je pilih movie mana satu nak tengok, asalkan nda lambat ba. Cerita aku tengok tadi The Takers, aku pun setuju je tengok cerita ni, lagipun ada hayden christensen kan, ada juga pelakon yang aku kenal. Aku memang tak expect tinggi-lah pada cerita-cerita yang waktu terdekat ni. Sebab hati aku masih menunggu Harry Potter punya tayangan. Mula-mula agak macam cliche jugak jalan cerita dia, tapi dah nak klimaks dan ending tuh rasa macam sedap pula cerita ni. Munkin sebab ada Hayden yang agak handsome dalam cerita tuh. Tapi yang memang memberi "kesan" yang teramat ialah apabila yang si-handsome yang satu-satu-nya dalam cerita ni mati dulu. So, aku dah dapat agak sebenarnya yang dia tu akan mati. Tapi kawan aku tadi semua macam sedih dia mati dulu. kadang-kadang kalau lelaki tuh-lahkan tak handsome mesti kita tak ada kisah sangat dia mati atau tidak. Tapi kalau klau si mati tu yang Handsome mesti memberi kesan pada kaum wanita. Aku tak rasa kaum lelaki ambil kisah sangat kalau ada perempuan cantik yang mati dulu.

Tapi, hari ini aku belajar something lah jugak. Manusia memang stereotype. Tak kisah-lah pasal apa sekalipun. Pemikiran mereka dah macam terdidik untuk berfkiran sedemikian.

Misalan, kalau macam orang kL mereka akan fikir, mereka ni demand, macam high class dari negeri-negeri lain statusnya. Sama juga macam kalau orang cakap pasal orang di sarawak, orang semenanjung akan ingat orang-orang di sarawak ni semua pakai pakaian tradisional mereka yang warna warni dan cawat. Dan satu fakta menarik tadi kawan aku dari sabah dia ada mengalami pengalaman mengtakan asal orang sabah je mesti orang semenanjung ingat mereka duduk atas pokok.

Hakikatnya, jauh sekali. Aku pernah tersenyum bila ada seorang kawan aku ni bertanya kawan dia yang berasal dari Sawarak, dengan selambanya dia cakap kat budak tuh " eh, kau duduk kat rumah panjang kan?" what the heck. Kau ingat asal orang Sarawak je duk rumah panjang ke? Habis yang banyak pembangunan dekat Kuching tuh apa. Even Kota Kinabalu pun dah jauh maju dari keadaan semasa aku pergi 10 tahun lalu. haish.

By the way, aku memang suka memerhati perkara disekeliling aku. So tak hairan-lah kalau aku ada terdengar perbualan-perbualan serupa begini. Memang mereka stereotaip habis.

No comments: