Tuesday, November 23, 2010

Terfikir Yang Tak Patut Difikirkan

Kehidupan berjalan seprti biasa sahaja beberapa hari ini. Tiada perkara yang ajaib yang boleh membuatkan aku berasa selesa pun berlaku sekarang. Juga aku malas nak fikir tentang ingin pulang ke kampung halaman. Aku tahu aku patut bersyukur sebab dapat pulang pada hujung-hujung tahun ini tatkala kawan-kawan seperjuangan telah pun memulakan percutian mereka.

Tapi boleh tak aku berfikir yang aku tidak rasa apa-apa pun hendak pulang ini. Aku tak tahu apa yang akan aku lakukan bila aku pulang nanti. Seperti aku merasakan mereka tidak perlu menunggu aku kalau mereka mahu meneruskan agenda mereka itu. Bukan bermaksud aku tidak berperasaan ingin pulang maka aku tidak ingin berjumpa mereka mahupun aku tidak merindui mereka. Teramatlah rindu. Tapi ade sesuatu perkara yang aku takutkan. Perkara yang boleh membuatkan aku menyakiti orang lain bila mereka berjumpa dengan aku. Takut perubahan pada aku yang sudah kelihatan oleh mereka. Takut cara dan gaya aku sudah lagi tidakkena dengan mereka.

Ya, walaupun saling berhubungan melalui social networkseperti facebook/yahoo messenger tapi aku takut apakah perbualan yang selesa tanpa muka ke muka akan menjadi tidak janggal bila berjumpa. Kebenarannya, aku banyak perkara yang ingin diceritakan pada mereka, tapi aku takut aku akan melebih-lebih bercerita tentang hal aku.


Apa yang aku rasa-kan sekarang adalah keinginan untuk jumpa ada tapi tidak ingin berjumpa. Kamu boleh berasa hampa dengan apa yang aku fikirkan sekarang ni. Sepatutnya kejanggalan itu tidak patut muncul dalam ideologi pemikiran aku ini. Sebab orang yang kita sayang walau macam mana pun mesti ada perkara yang ingin dikongsikan.

Tapi, still, boleh tak kalau aku cuma nak tengok korang dari jauh je?


No comments: