Monday, November 15, 2010

Am not a good Muslim

Dalam kad pengenalan diri tertulis agama Islam. Betul ke aku boleh berbangga dengan status agama Islam. Aku tak ragu-ragu aku memang seorang Islam. Walaupun sejak kecil aku tak pernah terfikir tentang agama lain. Apa yang aku tahu aku adalah seorang Islam. Ya, Islam, bukan Islam yang mengucap kalimah syahadah yang agung itu ketika aku berumur 18 tahun, bukan seperti para sahabat Nabi yang melafazkan kalimah itu selepas mengakui ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW junjungan mulia, tapi aku tahu aku akan dilahirkan sebagai seorang Islam, bukan maksud aku, "aku tahu" tapi tak apalah, kamu akan faham sendiri, Islam keturunan kata orang, Islam yang diwarisi dari agama nenek moyang aku, abah aku melaungkan azan di telinga aku ketika aku dilahirkan dan disunatkan, diakikahkan, sebagai seorang Islam. Ya, Islam keturunan.

Bagi aku berfikir sejenak, apa tidak bagus ke dilahirkan seorang Islam? Bagus, sangat bagus dan aku sangat bersyukur akan takdir Maha Pencipta kepada aku untuk dilahirkan di dalam agama yang diberkati-Nya itu. Apa aku mahu dlahirkan sebagai seorang yang beragama lain selain dari Islam? Itu aku tidak tahu. Aku tidak boleh kata ya, malah kalau boleh aku mahu katakan tidak. tapi apakah jawapan tidak aku itu menunjukkan aku seorang muslim yang baik?Sebagai seorang yang tidak mahu dilahirkan dalam agama yag lain dan bersyukur di atas keberkatan kelahiran seorang Islam apakah aku sentiasa mengamalkan perintah-Nya? Pertanyaan ini harus aku melewati diri sendiri dan bermuhasabah dalam kehidupan seharian aku untuk menjawabnya. Ya, aku bukanlah seorang muslim yang bagus. Ilmu sangat cetek. Amalan sebagai hambanya OnOffOnOff sahaja.

Aku berasa, apakah Allah masih menyayangi diri aku, setelah apa yang aku lakukan adalah perkara yang boleh membuat kan diri-Nya murka. Apa aku tidak takut akan janji-Nya bahawa nerakalah tempat bagi mereka yang tidak melakukan perintah-Nya. Aku sering bertanya, apakah aku masih ada lagi tempat di dalam Syurga-Nya. Apakah aku sempat bertaubat? Kadang-kadang aku hanya insaf dalam diri sekejap sahaja dan kemudian aku akan lakukan balik. Apakah aku sudah memungkiri janji. Janji aku pada yang Maha Mengetahui di saat aku dilahirkan.

Apa yang aku tahu, aku perlu mencari diri aku kembali. Untuk mencari diri aku, aku perlu mencari Dia yang Esa. Teruskan, walaupun aku tahu aku akan mengulangi kesilapan yang sama.

I was once a good girl, once. Now. Not anymore. Hoping for that 'once' to come and seek of the truth.

2 comments:

Don Juan said...

iman itu yazid wa yanqus, bertambah dan berkurang. kita kena cuba tambahkan lagi setiap hari. :)

Unknown said...

ye betul.. harap2 bertmbah bukan berkurang..