Saturday, November 6, 2010

Here I am : Blogger

Semasa pertama kali aku disyorkan untuk memiliki sebuah blog oleh seorang polan yang bernama sahabat ini. Aku tak terfikir bahawa blogging adalah sesuatu yang menyeronokkan. Aku senantiasa berfikir para blogger adalah mereka yang ingin kan luahan hati mereka dibaca, yang ingin menulis apa yang dirasa, dan tidak ada siapa untuk dikongsi suka duka. By that time aku rasa, aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa menemani untuk berlibur lara, untuk bergossip, untuk bercerita karut dan untuk waktu dalam kesusahan, kepayahan dan kesusahan, tapi setelah aku terasa yang pada satu hari nanti aku tahu aku akan berada nun jauh disana, dikejauhan aku tidak akan dapat bertemu semula dengan mereka dengan kerap, malah berbual melalui facebook/myspace/ or even call or mesej tak sama seperti merasai ketika bercerita muka ke muka. Segala ekpresi dapat ditunjukkan dalam perbualan itu. Dan susah untuk salah faham berlaku.

Aku diperkenal-kan dengan blog apabila aku berkata pada seorang kawan ni walaupun bukan dialog sebenar. Tapi seakan berbunyi beginilah "boleh lega ke rasa hati kalau menulis blog? Aku terasa macam nak luahkan masalah aku nih.Tapi tak tahu lah macam mane." "kau try lah blogging" dan mula pada hari itu aku mula blogging ( aku nak try blogging nih sebab masa tuh hanya aku dan dia sahaja yang ada blog, i mean among our friends-lah kan..). Aku tak tahu sebenarnya etika seorang blogger macam mana. Jadi tulisan aku yang pertama adalah mengenai diri aku sendiri. Kadang aku terasa macam tak perlu-lah nak ceritakan pasal diri sendiri kat blog. Tapi tak tahu lah, dah tuh je yang aku pandai. Aku tak ada bakat untuk menulis. Even sampai sekarang aku berharap aku boleh jadi macam blogger made from vinegar and ice. Tulisan dia memang aku admire habis. Tapi takpelah. Karya aku hanya berunsur keanak-anakan tak matang langsung, hanya pasal hal-hal personal ( that is why i said just now, hanya untuk melepaskan masalah, takkan nak setiap masa bercerita pada kawan kan? mereka pun ada hal masing-masing)

Terkadang, aku merasakan yang aku perlu ada emosi dalam penulisan. Emosi yang tepat untuk menulis. Mungkin aku terlalu over-emosi bila menceritakan sesuatu. Dan banyak tertinggal unsur-unsur yang menarik untuk diceritakan, disebabkan terlalu berfikir untuk menulis tentang apa, akhirnya aku jadi lupa untuk menulis bagaimana. Selalu juga bila dah taip-tiap tetiba tak tahu dah nak tulis apa. Padahal sebelum ni, dah plan nak tulis apa. haish. Jadi, aku harap entri selepas ini aku dapat ilham yang lebih baik.

Tak salahkan kalau kita tak ada bakat dalam penulisan. Bukan bakat itu boleh dipupuk.





2 comments:

Don Juan said...

loving every second of it. ahaha wooohooo dah start baliksss. :)D

Unknown said...

ahahah tuh lah weyh.rindu2.. dan semakin rindu bila tengokblog korangasek update jek..ngehe